Tuesday, August 7, 2018

Biasiswa KPM


Alhamdulillah, syukur pada illahi, akhirnya dapat juga aku meluangkan masa untuk update blog yang sudah lama ditinggalkan tidak terupdate ni.

Untuk post kali ni, just nak ceritakan berkenaan Biasiswa KPM. Alhamdulillah aku telah ditawarkan dengan biasiswa KPM iaitu " Biasiswa Perguruan Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas", haa panjang nau nama biasiswa ni. Biasiswa ini hanya ditawarkan khusus untuk pelajar Sains Kesihatan yang mengambil course Terapi Carakerja, Fisioterapi, Terapi Pertuturan, Audiologi dan Psikologi. 

Geng interview biasiswa
For those yang dapat biasiswa ni, akan berkhidmat di KPM selama 6 tahun as terapis di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, kira kerja nanti aku akan kerja sebagai Educational Occupational Therapist ataupun sebagai OT in school based. Jadi after graduation, penerima biasiswa perlu melanjutkan pelajaran, which is DPLI atau dikenali sebagai Diploma Lepasan Ijazah selama 1 tahun setengah untuk dapatkan Diploma Pendidikan bagi melayakkan kami berkhidmat di sekolah atau lebih khusus lagi KPM. Jadi, bila grad nanti aku akan grad dengan gred U41, so after dapat that diploma, that U41 atau bertukar menjadi DG41.

Biasiswa ni pun dah lama ditawarkan, but before this hanya untuk yang luar negara, but this time KPM tawarkan kepada student-student di IPTA which aku dan 20 orang lagi rakan-rakan biasiswa aku, adalah batch pertama  dari lepasan universiti awam . Alhamdulillah.

Bersama Pn Mahfuzah, OT in KPM.

Journey untuk dapatkan biasiswa ni bukanlah mudah. Pada awalnya tak terfikir pun nak apply for this biasiswa, but selepas dapat galakan dari lecturer, aku fikir  betul-betul dan terus apply, memandangkan aku pun biasiswa PaMa je, takkan nak bergantung kat mama ayah kan? Lepas tu, menunggulah panggilan untuk interview. Dari ratusan yang apply hanya beberapa je yang terpilih dan dari UKM Kuala Lumpur, just 21 orang sahaja yang berjaya untuk ke sesi interview dan ujian kelayakan. Dan dari OT just 2 orang, aku dan sorang lagi kawan sekelas aku, Alia Fateha.

Tarikh interview tu 5 November 2016, dan surat sampai untuk interview tu like kurang seminggu, jadi memang kelam-kabut masa tu. Sebab masa tu tengah busy dan semua sijil-sijil ada dekat rumah. Masa tu nak balik rumah pun tak boleh and nak poskan sijil tu dari rumah pun takut hilang. That time memang despretely cari someone dari Kedah nak datang KL. Sanggup bising dekat whatsapp group sekolah  bagai sebab nak pergi interview tu. Padahal masa tu baru je balik rumah, dah nampak dak sijil tu , but aku tak ambil pun  sebab tak expect panggilan interview tu dalam masa terdekat. Jadi lepas banyak group aku bising pasal hal ni,  alhamdulillah, ada sorang kawan sekolah rendah, Aziz namanya (yang aku selalu marah dan tarik telinga dia sebab aku pengawas~ bapak jahat, sorry Aziz) nak tolong aku sebab dia ada hal kat KL. After that, minta ayah jumpa Aziz and Aziz pun tolong lah bawak travelkan sampai ke KL dan pass dekat aku. Terima Kasih Aziz!!
Me, Nurina, Aini dan Hanis

Jadi, sampailah ke hari interview, I had try my best that day. Ramai orang yang hebat-hebat aku jumpa masa tu. Dan finally pada 17 November 2016, aku telah ditawarkan biasiswa ni . Alhamdulillah. Dari 21 orang student UKM KL yang dapat panggilan biasiswa tu, just 4 orang sahaja dari UKM KL yang ditawarkan biasiswa ni. Aku dari OT, Aini dan Nurina  dari Speech and lastly Hanis dari Fisioterapi. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.

Jadi setelah dapat tawaran tu, dan semua dokumen-dokumen pun dahsettle, kami pun dapatlah duit biasiswa tu. Walaupun dah 2 kali dapat, tapi tak pernah jumpa pun adik beradik biasiswa yang lain, jadi pada 28 Oktober 2017 kami pun dipanggil buat pertama kali untuk bersemuka dan berkenalan. Dan masa tu pun the first time jumpa En Adam dan Pn Julia yang uruskan biasiswa kitaorang. So that day, kira macam bonding day la jugak. Alhamdulillah dapat kenal this lovely family and also dapat jumpa family OT dari Uitm yang dapat biasiswa ni. Semoga kami terus kuat, kekalkan pointer dan bertahan hingga kami berkhidmat di KPM. InshaAllah.


Scholarship warriors^^

Btw, rasa bangga jap muka terpampang dekat sini dan inilah OT family  yang dapat biasiswa KPM tu.

2 comments:

Fiqah Salleh said...

Salam awak, boleh saya tanya masa first time dapat biasiswa tu kan lepas hantar document semua, bila ye baru dia transfer duit ? Ada bagitau email ke apa tak ?

vallyao said...

Casino Games Near Me - MapyRO
A 경주 출장안마 map showing casinos and other gaming facilities 양산 출장안마 located near Casino 광주 출장마사지 Vegas, located in Paradise at 10 Highway 25, Las 속초 출장샵 Vegas, Nevada 85245. Map 통영 출장마사지

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...