Monday, January 6, 2014

Entry 2014 Throwback 2013


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana sehingga kini kita masih diberi peluang untuk menetap di bumi Allah ini.
Ya tahun baru , semangat baru dan design blog pon baru.Selamat  tahun baru untuk semua. Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas.
Post kali ini hanyalah sebagai entry untuk tahun ni. Alhamdulillah setelah hampir dua tahun bertungkus lumus akhirnya SPM berlalu jua. Alhamdulillah sepanjang minggu exam ,Allah permudahkan segala urusan dan semoga result SPM  akan gempak.Doakan kejayaan aku dan sahabat sahabat. SPM 11A+



Alhamdulillah sepanjang tahun 2013 yang lepas banyak sangat kenangan pahit manis yang telah dilalui bersama sahabat-sahabat di sekolah, sahabat sekolah rendah  dan keluarga.
Banyak pengajaran dan mutiara dapat dikutip di sepanjang pengembaraan tersebut.

Sudah lima tahun ,mira hidup dalam suasana berjemaah iaitu kehidupan di asrama . Kehidupan di asrama banyak membentuk jati diri dan sahsiah aku. Banyak pengalaman yang dipelajari dan banyak kenangan bersama 32 sahabat FORM 5 ASPUTRI disebalik setiap peristiwa yang berlaku.Di sinilah aku belajar tentang persahabatan,kepercayaan perkongsian dan tanggungjawab.Sesungguhnya kehidupan sebagai senior form 5 banyak membuka mata dan minda aku untuk lebih berusaha dan percaya pada janji dan kuasa yang maha Esa.

Di sekolah , aku mempunyai sahabat seperjuangan yang banyak kerenah. Merekalah AR RAZIAN.
Ar Razian sentiasa bersama dan kami diwakili oleh 11 orang pelajar putera dan 24 pelajar puteri. Masing-masing mempunyai watak dan karakter tersendiri. Setiap hari , pasti tidak kering gusi melihat teletah mereka. Sesungguhnya Ar Razian banyak mengajarku erti persahabatan yang erat.Walaupun tempoh perkenalan tidak sampai dua tahun ,aku rasa sudah mengenali mereka bertahun lamanya.Guru-guru maahad juga telah banyak membantu dalam pelajaran dan membentuk sahsiah aku dan sahabat sahabat.

Sesungguhnya , tahun 2013 merupakan tahun yang paling bermakna dan akan dikenang sampai akhir hayatku
AR RAZIAN
FORM 5 ASPUTRI

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...