Monday, August 15, 2016

Fakulti Sains Kesihatan, UKM


alhamdulillah, sudah  beberapa hari sejak keputusan UPU diumumkan . Tahniah diucapkan kepada semua . Mungkin sekarang bakal mahasiswa telah mula membuat persiapan untuk melangkah ke alam Universiti . Sudah mula mencari maklumat berkenaan Universiti dan course/bidang yang ditawarkan juga mungkin telah mula beramah mesra dengan bakal2 senior di Universiti nanti. Selamat Maju Jaya untuk semua^^


Ok untuk entry kali ini adalah berkisar tentang course /bidang yang ada dalam Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM,  memandangkan saya adalah pelajar FSK UKM ^^ .  Untuk pengetahuan semua , dalam Fakulti Sains Kesihatan UKM terdapat 11 cabang bidang /course pengajian iaitu  1.Sains Bioperubatan    2.Optometri  3.Sains Pemakanan   4.Dietetik   5.Pengimejan Dianostik & Radioterapi   6.Terapi Carakerja   7.Fisioterapi   8.Audiologi  9.Sains Pertuturan   10.Keselamatan Persekitaran & Keselamatan Industri   11.Sains Forensik . ok , sebelum kita teruskan , jom kita enjoy dulu video korporat FSK UKM ^^


 

ok dah rasa fresh & bersemangat ?? dah excited & tak sabar nak tahu?? ok then,  kita teruskan dengan penjelasan serba ringkas tentang bidang/course dalam FSKUKM . Penjelasan ringkas ini adalah hasil pertolongan dari rakan2 dan senior2 FSK sendiri. Terima kasih ^^


SAINS BIOPERUBATAN

Sains Bioperubatan ialah kursus yang meliputi semua aspek sains kesihatan yang meliputi penerokaan ilmu dalam bidang sains bioperubatan seperti anatomi, fisiologi, mikrobiologi, parasitologi, entomologi, epidemiologi, biokimia, patologi, farmakologi, toksikologi dan imunologi. . 
Graduan lepasan kursus ini boleh menjawat jawaatn dalam pelbagai bidang berjumlah melebihi 20 jenis pekerjaan seperti Pegawai Sains Bioperubatan ,Pengurus Makmal Perubatan ,Pegawai Sains dan sebagainya .  FAKTA PENTING: Sains Bioperubatan UKM merupakan yang pertama di Malaysia dan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
                                                                                                               Eamie Elyna/2

OPTOMETRI


Optometri adalah satu profesion penjagaan kesihatan yang khusus pada mata dan struktur yang berkaitan , serta penglihatan, sistem visual dan pemprosesan maklumat penglihatan pada mata. Pelajar bidang ini juga dilatih untuk mmeriksa mata dan mengesan kecacatan dalam penglihatan , penyakit okular atau keabnormalan dan masalah dengan kesihatan umum.

FAKTA PENTING : Perkhidmatan optometri UKM merupakan yang paling lama sejak tahun 1979 lagi . Optometri UKM pernah mendapat pengiktirafan sebagai ranking kedua dunia , setanding dengan United Kingdom ,New Zealand dan Australia. Kini ramai graduan yang membuka praktis optometri yang dipunyai spenuhnya oleh bumiputra.
                                                                                                                   Syuhadah Rahim /3


SAINS PEMAKANAN

Sains Pemakanan merupakan satu bidang pelbagai disiplin yang boleh memberi kefahaman tentang bagaimana pengambilan makanan boleh mempengaruhi kesihatan. Kepentingan pemakanan dalam pencegahan penyakit telah mendapat perhatian dan diberi tumpuan di Malaysia.


UKM menyediakan kursus sains pemakanan sebagai satu kursus bukan klinikal yang mampu membawa mahasiswa dan graduan mendekati masyarakat dalam usaha membantu masyarakat.  

FAKTA PENTING :UKM merupakan antara institusi terawal menyediakan kursus sains pemakanan dan para pensyarah merupakan antara orang yang berpengalaman yang telah menerbitkan pelbagai jenis buku yang masih digunapakai oleh para pelajar kursus sains pemakanan sehingga kini.

objektif bidang sains pemakanan adalah supaya dapat melahirkan graduan pemakanan yang berpengetahuan yang mantap tentang sumber dan fungsi makanan serta impak pemakanan ke atas kesihatan mampu berfungsi sebagai pakar rujuk dalam bidang pemakanan dan boleh menjalani intervensi pemakanan.

Pakar pemakanan yang berkualiti sangat diperlukan untuk menjayakan program pencegahan penyakit kronik seperti obesiti , diabetis, hipertensi dan penyakit jantung yang semkain meningkat di Malaysia. Perkembangan minat masyarakat dalam pemakanan dan kesihatan telah meningkatkan peluang kerjaya graduan pemakanan. Prospek kerjaya dalam bidang sains pemakanan kini mendapat keperluan yang tinggi dek kerana penyakit kronik yang berleluasa kini.

Jadi apa tunggu lagi? Jom masuk UKM ! <3
(wah semangatnya kak laili kita ^^ )
                                                                                                              Laily Arba'i /3 


DIETETIK


Dietetik merupakan bidang yang secara terasnya mengaitkan pemakanan dengan kesihatan dan kehidupan. Berbeza dengan Sains Pemakanan yang bersifat "komuniti" , Dietetik pula bersifat "klinikal" dimana ia melibatkan pesakit , penyakit dan pemulihannya melalui pemakanan.
Dietetik merupakan bidang yang semakin berkembang dan penting atas kebolehannya dalam
menangani beberapa penyakit popular seperti diebetes , darah tinggi (hypertension) dan penyakit buah pinggang. FAKTA PENTING : UKM merupakan universiti terulung yang menawarkan Ijazah Sarjanamuda Dietetik (Kepujian) di Malaysia dan telah melahirkan Pakar Dietetik yang berkaliber sejak awal tahun 80an.
                                                                                                                         Siddeq Azha /3 


 PENGIMEJAN DIAGNOSTIK & RADIOTERAPI

Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi di Malaysia melibatkan 2 bidang yang diterapkan ke dalam satu program. Secara khususnya , bidang ini meliputi penggunaan radiasi di dalam bidang Sains Kesihatan dan Perubatan. 

Pengimejan Diagnostik adalah berkaitan dengan kaedah untuk memeriksa dan mengenalpasti struktur dan fungsi organ dalam tubuh manusia melalui penghasilan imej seperti MRI , CT, Ultrasound dan sebagainya. Radioterapi pula berkaitan dengan rawatan penyakit terutamanya kanser , menggunakan sinar-X , sinar gama dan bim elektron.


FAKTA PENTING: Menariknya, UKM merupakan satu- satunya universiti awam di Malaysia yang menawarkan kedua-dua bidang tersebut dalam satu kursus dan pada masa yang sama , menawarkan pengajian bidang radioterapi di peingkat ijazah sarjana muda.
                                                                                                                   Haziq Tahir /3


 TERAPI CARAKERJA (Occupational Therapy)



Terapi Carakerja merupakan bidang kesihatan yang menitikberatkan pemulihan individu yang mengalami masalah dari segi fizikal dan/atau mental, ketidakupayaan dan/atau kecacatan, samada bersifat sementara atau kekal . Ahli Terapi Carakerja yang terlatih melibatkan individu dalam aktiviti pemulihan yang direka khas bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam menguruskan diri di rumah dan tempat kerja, melakukan aktiviti masa lapang serta menjalani kehidupan yang bermakna.
[World Federation of Occupational Therapists 2003] 

FAKTA PENTING : UKM adalah yang pertama di Malaysia yang menawarkan pengajian Terapi Carakerja di peringkat Sarjana Muda. Perkara yang lagi menarik adalah , kursus Terapi Carakerja ini hanya ditawarkan di 2 buah universiti awam sahaja iaitu di UKM dan juga Uitm Puncak Alam. Wah!!

ok memandangkan saya adalah pelajar Terapi Carakerja , jadi bolehlah lawat entry di bawah untuk lebih maklumat tentang Terapi Carakerja^^



 FISIOTERAPI 


Fisioterapi merupakan sebuah profesion yang membantu mengembalikan fungsi fizikal ke tahap paling optimum selepas kecederaan , trauma mahupun ketidakupayaan. Peranan fisioterapi difokuskan kepada 4 iaitu rehabilitasi, habilitasi ,promosi dan pencegahan. Di UKM , pelajar diberi pendedahan mengenai skop perkhidmatan Fisioterapi khususnya pengurusan pesakit di hospital serta institusi kesihatan lain. Selain itu, ia turut merangkumi penilaian dan perawatan , perundingan , promosi kesihatan serta evidence-based practice.
                                                                                                                                                                                                                  Asma' Sahrim /2
AUDIOLOGI


Audiologi adalah bidang yabg berkaitan dengan masalah pendengaran dan keseimbangan, serta cara pengurusan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Graduan Audiologi mempunyai peluang pekerjaan di hospital, klinik , pusat pendengaran atau kedai dispensari alat bantu.

FAKTA PENTING: UKM adalah universiti yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara yang menawarkan program Audiologi di peringkat prasiswazah. Program ini mula ditawarkan sejak tahun 1995 dan mengambil masa selama 4 tahun.
                                                                                                                Doris Ley /2
SAINS PERTUTURAN


Sains Pertuturan adalah bidang pathologi pertuturan- bahasa yang berkaitan dengan pengurusan kecelaruan pertuturan bahasa & komunikasi serta masalah penelanan. Tempoh pengajian adalah 4 tahun dan pelajar diajar beberapa subjek asas berkiatan pendengaran & pertuturan dari tahun 1 dan subjek pengkhususan diajar pada tahun berikutnya. Kursus ini juga dilengkapi dengan latihan klinikal  intensif bermula dari tahun berikutnya.


FAKTA PENTING: program pengajian ini dipelopori oleh  UKM sejak 1995.

                                                                                                                            Aini Keria /2

KESELAMATAN PERSEKITARAN & KESELAMATAN INDUSTRI 
(Environmental Health) 


Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri merupakan bidang yang penting bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan keselamatan pekerja melalui peningkatan kualiti persekitaran yang sihat dan selamat. Ini meliputi kualiti udara, air, tanah dan bunyi, pengurusan sisa bermudarat dan sisa pepejal yang berkesan serta pelbagai aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang lain.

Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Kesihatan dirangka bagi memastikan salingkait di antara kesihatan dan persekitaran serta kepentingan isu kesihatan dan keselamatan di industri difahami. Selain daripada itu ia juga mengkaji kesan pembangunan, sosiobudaya serta persekitaran fizikal dan mental terhadap kesihatan. Program ini juga menitikberatkan kepentingan pembangunan lestari dalam pencegahan dan pengawalan masalah kesihatan persekitaran.
                                                                                                             sumber: UKM


SAINS FORENSIK

 Sains Forensik ialah aplikasi teknik saintifik untuk pemeriksaan bahan bukti bagi siasatan jenayah atau sivil. Ia menggabungkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia, biologi dan fizik asas. Melalui kaedah ini, ahli sains forensik memainkan peranan penting untuk mempersembahkan bukti saintifik yang akan digunakan sama ada untuk menyokong keterangan pihak pendakwaan atau pembelaan dalam siasatan jenayah atau sivil di mahkamah.


Program Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik di UKM merupakan satu program professional yang menekankan tentang penyelesaian kes jenayah menggunakan kaedah sains. Program Sains Forensik di UKM sudah hampir berusia 10 tahun dan merupakan salah satu program di bawah FSK. 

Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan dengan pembelajaran subjek kimia dan forensik. Antara subjek yang dipelajari ialah Kimia Organik, Kimia Analisis, Kimia tak Organik , Intrumentasi Kimia dan banyak lagi. Subjek Forensik yang dipelajari pula ialah Analisis Tempat Kejadian , Kimia Kebakaran , Entomologi Forensik , Patologi Forensik, Dokumen Analisis dan banyak lagi.

Program ini membenarkan pelajar bekeja dalam dua bidang iaitu forensik atau kimia. Graduan Sains Forensik akan dapat akses kepada pelbagai  organisasi dalam kerajaan yang mempunyai komponen penguatkuasaan. Ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Maritim (APMM). Manakala, sebagai seorang ahli kimia, pelajar boleh bekerja di pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
                                                                                                         Fatin Ghazali / 4



ok , alhamdulillah selesai sudah kesebelas -sebelas course/bidang yang ada dalam FSKUKM^^. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dan juga senior2 yang sudi membantu saya membuat penjelasan ringkas mengenai course/bidang masing2.

 Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua bakal mahasiswa FSK UKM^^. Selamat melangkah ke alam univerisiti dan semoga segala urusan dipermudahkan. fighting!!!!
 Sebarang pertanyaan boleh terus direct email kepada saya..okayy^^.

Wassalam^^

Tuesday, August 2, 2016

road to 2nd year

Syukur kehadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus mengorak langkah menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. alhamdulillah setelah hampir sebulan menamatkan sem2 first year sebagai OT student , hari ni terasa ringan tangan untuk update blog yang dah lama bersawang ni. ok  kali ini just nak share pengalaman / aktiviti sepanjang sem2 as OT student.


Ok kita mulakan sekarang, berbeza dari sem1 (fokus kepada Introduction to OT) , sem2 banyak diselitkan dengan praktikal  disamping pembelajaran dalam kelas. 2 subjek teras OT untuk sem ni adalah ANATOMI GUNAAN & KINESIOLOGI  (anatkine) dan TEKNOLOGI SOKONGAN & ADAPTIF (TSA) .


 Anatkine  pembelajaran dia fokuskan kepada anggota badan manusia especially bahagian tangan & kaki . segala bone , muscle , tendon dekat tangan & kaki kena hadam sekali dengan function dia.
evaluate ROM (hand)
 Awal2 memang senang belajar & ingat.. sebab belajar by part.. tapi bila mai final exam , hampir nak termuntah pulak sebab banyak benda sangat nak kena ingat , sampai kadang2 tengok org pun bleh pening..hehehe.. tapi alhamdulillah digagahkan jugak..kenapa?? sebab anatkine ni sangat penting (perkara asas) &perlu diambil tahu as OT student.

Grip& Pinch Strength Test
TSA pulak lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara praktikal dan juga memberi fokus kepada Assistive Technology(AT). OT student akan belajar tentang AT dan kegunaan/ fungsi AT untuk membantu patient dalam aktiviti harian.  selain tu, segala bone & muscles yg blajar dkt anatkine akan di test dgn praktikal which OT student  diajar untuk palpate (rasa/cari) muscle ,juga  OT student diajar untuk menguji kekuatan muscle tu mggunakan Manual Muscles Testing (MMT).  then, OT student jugak diajar & dilatih untuk buat Pressure Garment (PG) dan juga Splint serta diajar untuk evaluate Range of Motion (ROM) joint yang ada dkt kaki & tangan manusia. Then lastly, OT student dilatih & diajar untuk buat Hand Function Test , yg berfungsi untuk menguji kefungsian tangan& jari dan juga Grip&Pinch Strength Test yg berfungsi untuk mengukur kekuatan genggaman tangan & 'cubitan ' jari.
5 types of Hand Function Test

Duty BSMM
ok enough untuk apa yang dipelajari, kita move on ke aktiviti yg aku join sem ni. untuk sem2 ni, aku kurang join aktiviti dan tak sesibuk sem1. sem2 just join program kecik2 ,iaitu BSMM duty untuk Raincoat Run anjuran UKMDensta , Bulan Kesedaran Autism anjuran Program Terapi Carakerja , Fieldwork Trip ke Cheshire Homes (bwh subjek Asas Inovasi Sains Kesihatan) dan lastly program JOMBEKPES anjuran Institut Onn Jaafar mewakili Kolej Tun Syed Nasir sekaligus mewakili UKM (bwh subjek Psikologi Perkembangan).

JOMBEKPES


Banyak pengalaman & ilmu yang dapat untuk sem2 ni , dan antara yang menarik adalah dengan menyertai program JOMBEKPES which  merupakan satu program yang berbentuk kemasyarakatan . JOMBEKPES adalah program mengedarkan sarapan pagi disamping menyantuni /beramah mesra dengan golongan gelendangan sekitar KL. bagi aku inilah pertama kali aku join program yang betul2 membuka mata aku tentang dunia diluar sana. selama ini aku selesa dengan hidup aku yang serba mencukupi dan selesa sehingga aku lupakan dunia sana , dimana segelintir saudara kita strive hard untuk hidup. aku berpeluang untuk beramah mesra dengan golongan gelendangan, mendengar kisah hidup mereka bagaimana mereka end up di jalanan.. sayu hati tengok kanak-kanak yang masih kecil, warga emas yang uzur hidup terpaksa harungi kepayahan untuk meneruskan hidup, tidur di tepi bangunan , bus stop & sebagainya.  Sungguh aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. "Homeless is NOT a Crime".

Bulan Kesedaran Autism

Fieldwork Trip
Alhamdulillah , setakat itu sahaja perkogsian kali ini . semoga lebih bersemangat untuk sem akan datang. btw next sem akan start posting di hosp .Semoga dipermudahkan segalanya . mohon maaf atas segala kekurangan & kekhilafan diri ini .
 #Roadto2ndYear . 
~wassalam~

thelucky16
#roadto2ndyear

Thursday, April 14, 2016

Terapi Carakerja ??


Syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Buat sekian kalinya setelah lama tinggalkan blog ini tanpa sebarang update, hari ini terdetik nak tulis entry ini. Antara sebab utama aku teringin sangat nak tulis entry ni adalah untuk memperkenalkan kepada semua orang tentang Occupational Therapy (OT), terutamanya kepada yang masih tertanya-tanya apa itu OT atau dalam bahasa melayunya Terapi Carakerja


Secara mudah untuk diceritakan, OT ni adalah satu profesyen yang membantu pesakit untuk mencapai tahap kepuasan yang paling optimum dalam kehidupan mereka, membantu mereka untuk berdikari dalam melakukan segala aktiviti harian. OT akan membantu pesakit secara keseluruhan, tak kira dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritual.

OT ni adalah salah satu profesyen yang ada dalam bidang sains kesihatan (Health Sciences), dimana diorang inilah yang menjadi tulang belakang kepada bidang perubatan. Jadi, sesiapa yang bercita-cita nak bantu orang ramai ala-ala doktor, nak jadi pendengar setia ala- ala kaunselor ataupun nak kerja-kerja kesihatan ni , boleh la ambil tahu berkenaan OT, mungkin tetiba terjatuh cinta?

Paling penting nak bagitahu, course "Occupational Therapy" ni bukanlah course lelong, course pelik ke apa, malah course ni adalah course professional sama macam course medic, optometry, nursing dan sebagainya yang popular tu. Course OT ni perlukan requirement yang tinggi juga nak apply terutamanya subjek Biology. Memang di Malaysia ni, kita kurang didedahkan dengan course ni , sebab course ni agak baru di Malaysia , tetapi kalau di luar negara, terutama di Eropah, course ni merupakan profesyen yang sangat demand dan dikenali.

Ada orang kata, OT ni overtime la, tolong cari kerja la, , terapi pekerjaan la, macam- macam lagi, yes ada sikit yang betul di situ, tapi sebenarnya skop OT ni lebih luas dari itu. OT bukan sahaja "tolong cari kerja" (ini bukan saja-saja cari kerja, orang habis belajar, kita carikan kerja. NO. tapi bantu cari kerja yang sesuai dengan kemampuan diri pesakit yang ada disabilities) , tapi kita juga bantu orang buat kerja.  Bantu? Macam mana? Ok, OT akan bantu dengan cara memberi rawatan dan memulihkan pesakit seoptima mungkin supaya pesakit boleh melakukan aktiviti harian dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan caregivers atau orang lain.


Perkataan "Occupation" dalam Occupational Therapy ni, bukanlah semata-mata bekerja as job yang kita faham tu, malah lebih luas dan kita boleh kategorikan kepada 3 aspek iaitu, Work, ADL dan Leisure.

Work yes, bekerja. Sebagai OT, jika pesakit kita ada injury atau susah nak laksanakan kerja dia disebabkan disability yang ada, kita akan bantu pesakit tersebut untuk kembali melakukan kerja itu, atau mencari solusi supaya pesakit itu kembali bekerja sama ada dengan membuat environmatal modification, kurangkan work load yang ditanggung pesakit dengan menasihati dan menjadi orang tengah antara pesakit kita dan majikan untuk kurangkan work load atau mungkin juga OT akan membantu dengan melatih patient itu untuk kembali fit terhadap keperluan kerja tersebut. Semuanya bergantung kepada keperluan dan keadaan pesakit.



ADL, atau lebih dekenali sebagai Activity Daily Living, atau kita kira sebagai aktivti rutin harian kita seperti makan, mandi, pakai baju, pergi toilet, memasak , memandu, shopping dan sebagainya. Aktivit- aktiviti ini adalah penting dan menjadi keperluan hidup seorang manusia. Jadi, apa akan jadi, jika seseorang itu sudah kehilangan upaya untuk menggerakkan sebelah badannya? Kehilangan upaya untuk melihat, berjalan dan sebagainya? Macam mana nak pakai baju, mandi, makan dengan keadaan tiada anggota yang lengkap? Macam mana seorang suri rumah mahu melakukan rutin hariannya, membasuh baju, memasak dan sebagainya jika dia bergantung kepada penggunaan kerusi roda untuk bergerak? Jadi, di sinilah datangnya peranan OT. OT akan membantu pesakit untuk melakukan aktiviti harian dengan sendirinya dan mengikut kemampuan pesakit. OT akan cuba latih modification technique kepada pesakit untuk hidup lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain , atau mungkin OT akan bantu untuk  buat environment modification , untuk pesakit yang menggunakan wheelchair senang nak lakukan aktiviti hariannya. OT juga akan cuba menyediakan atau mencadangkan penggunaan alatan bantuan (assistive device) untuk memudahkan aktiviti tersebut. Kira pointnya di sini, OT akan bantu pesakit- pesakit menjalani kehidupan seperti orang biasa, tanpa boundries tanpa perlu harapkan bantuan orang lain.


Akhir sekali, leisure atau dari segi konteks kanak-kanak adalah play, merupakan satu keperluan seorang manusia. Manusia suka membuat sesuatu perkara yang disukai ketika waktu lapang kan? Kanak-kanak, sepanjang perkembangan selain belajar adalah bermain kan? Jadi apa peranan OT di situ? Satunya adalah untuk bantu disable person untuk kembali melakukan aktiviti yang disukainya, atau pun mungkin, seseorang itu terlampau sibuk sehingga mengabaikan kesihatan, jadi OT boleh cuba bantu untuk beri cadangan dan menggalakkan dia membuat aktiviti yang boleh menenangkan fikiran atau mungkin boleh mencari aktiviti yang sesuai. Ianya luas. Dari segi konteks kanak-kanak pula. OT boleh observe kanak-kanak ni, adakah skill bermain itu sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut, kerana play skill itu melambangkan perkembangan kanak-kanak tersebut atau pun mungkin kanak-kanak tersebut mempunyai disabilities seperti cerebral palsy yang menghadkan dirinya untuk bermain. Jadi disini OT berperanan untuk bantu dan memastikan perkembagan kanak-kanak itu selaras dengan umurnya ataupun OT juga akan bantu ibubapa dengar cara mengajar mereka bermain dan menguruskan anak mereka itu dan sebagainya.

Alat bantuan memasak

OT kerja di hospital ke? Yes, of course, tapi banyak lagi tempat yang OT boleh kerja, antaranya:

1. Klinik kesihatan
2. Kolej/ Universiti
3. Rumah kebajikan dan pusat penjagaan
4.Sekolah (Pendidikan Khas)
5. Industri dan Organisasi Komersial
6. Pusat Komuniti
7. Perkhidmatan Social
8. Pusat Rehabilitasi
9. Agensi sukarelawan
10. Klinik Swasta  dan sebagainya..

Jadi, siapa pesakit OT? Pesakit OT boleh datang dari pelbagai kondisi dan usia. OT dengan bantuan pelabagai profesyen kesihatan akan bantu untuk merawat dan memulihkan pesakit yang mempunyai masalah fizikal (kepatahan, kehilangan anggota, tendon rupture dan sebagainya) , neurologi ( stroke, traumatic brain injury dan sebagainya) , pesakit pediatrik iaitu kanak-kanak (autisme, down syndrome, cerebral palsy, learning difficulty dan sebagainya) ,  pesakit geriatrik iaitu warga tua  (dementia, blurry vision, incontinence dan sebagainya), pesakit psikiatrik ( depresi, stress, fobia, scizofrenia dan sebagainya) dan juga pesakit dari segi medikal ( sakit jantung, diabetes)


Ok, sekarang jom kita tengok dulu video dibawah untuk lebih faham apa OT sebenarnya!





 Jadi, macam mana? Sudah faham apa itu OT? Alhamdulillah.

 












pressure garment
Sebelum terlupa, hanya info tambahan, di Malaysia ini hanya ada a few IPTA dan IPTS yang menawarkan course OT ni. Untuk IPTA hanya UKM ( Degree) dan Uitm Puncak Alam (Degree dan Diploma) sahaja. Untuk IPTS, one of it yang aku tahu adalah Perdana University dan tidak dilupakan juga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu .

Akhir sekali,  just nak share pengalaman as OT student di UKM ni. Jadi banyak la yang dipelajari sepanjang satu tahun di sini. Untuk semeter 2 tahun 1 ni, mostly belajar berkenaan badan kita di mana kita akan belajar satu persatu berkenaan bones, tendon, ligament dan juga muscles. Kita akan belajar cara nak palpate (rasa/cari) muscle dan tendon , belajar berkenaan Range of Motion  (ROM) setiap sendi kita , belajar berkenaan muscle strenght. and specially for OT student , kitaorang pelajar OT akan belajar cara nak buat Splint dan Pressure Garment.

Jadi kalau nak tahu lagi pasal kehidupan saya bergelar OT student, boleh la lawat entry- entry ni:
1.  Perjuangan di UKMKL
2. Road to 2nd year
3. 2nd year- life as a senior
4. 2nd year as OT student

Sekian, Wassalam.

rest hand splint
ulna deviation ROM
PIP flexion ROM


glove pressure garment  in progress


Thursday, February 18, 2016

perjuangan di UKMKL


its been almost 6 months dari last post....alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk meneruskan perjuangan mencapai mardhatillah untuk kehidupan di sana ~

dalam tempoh 6 bulan ni terlalu sibuk dengan kehidupan di alam universiti , siapa kata hidup di Uni sangat best sebab tak sibuk , banyak masa  n dll ???? dulu selalu dgr org cakap duduk dkt Uni ni releks..takde keje  !! "BOHONG la"....sebenarnya kat Uni lah tempat paling sibuk berbanding di sekolah dulu2..tapi sesibuk mana pon kalau kita pandai urus masa , insha Allah takda masalah..

entry kali ni just nak share , the things or activities yg aku buat n join sepanjang 5 bulan pertama aku di UKMKL ni...and as OCCUPATIONAL THERAPY student.. serius seronok ^^ tapi sometimes tu nak kena tahan jugak la dengan perangai2 orang  yg tak  best ni..apa pon itu boleh membantu kita dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar di masa depan ^^. .. tapi sorry la nama pon dah lama tak update ..so agak panjang la entry ni ~

ok lets start.. aku start daftar di UKM KL pada 1 sept 2015.. serius waktu tu rasa takut sangat sebab takut tak boleh nak adapt dengan kawan2 n suasana dekat situ... tapi alhamdulillah lepas dah lama2 dekat situ alhamdulillah.. 

team angklung MMM1516
setelah daftar diri tu , wajib la kan ada OREINTATION WEEK  kan.. tapi di UKM dikenali sebgai MMM (minggu mesra mahasiswa) ...so macam selalu orentasi ni ada la aktiviti dia kan ~ tapi lupakan yg tu , yg penting ni ha nak share... for the first time in LIFE buat persembahan depan ribuan orang (malam tunas seni UKM) ... alhamdulillah ada experience macam ni walaupun main angklung jer~~

with le roomate^^
dah nama duduk jauh..ofkos la duduk hostel kan ..n ofkos la ada roomate kan.so  roomate aku ni nama dia Iffah.. sorang jee roomate aku~

so, bermulalah hidup aku sebagai pelajar UKMKL.. so dah nama pon study mesti ada lah ada coursemate ye tak??? Pada awal mendaftar tu untuk course aku OCCUPATIONAL THERAPY (OT) ni just ada 11 orang je ..just seriously??? yup serious !!! tapi tu awal2 la then 2 minggu lepastu lagi 5 orang new family datang jadikan kitaorg 16 org..yang bestnya kami semua GIRLS..takde boys lansung..huhu tak pelik la~ aku mula sikit2 untuk mengenali diorang n alhamdulillah diorang sume baik , sporting , gila2 ..pandai pon pandai ^^
first day class~ baru 11 org^^

muka excited nak quiz~ dah 16 orang ^^

klinik OT UKM

so as first year OT student tambah plak first sem , kami banyak didedahkan dengan pengenalan kpd OT, so byk la belajar teori2 OT , pergi melawat departmennt OT kat hospital, privet centre n dll
cerita fokus kepada apa yang dibelajar maybe next time akan di bagitahu but seriously lepas 5 bulan experience dalam OT course ni...aku yakin OT sangat sesuai dgn aku..

inshaAllah Allah akan permudahkan segalanya untuk kami..
OT department PPUM

department OT PPUKM
Spastic Centre PJ
SSL Centre
geng OT UKM + OT Uitm Palam



 dlm masa 5 bulan ni jugak ,aku pernah pegi volunter kat luar kawasan which utk Cerebral Palsy Day anjuran MyCP  kat Shah Alam. satu pengalaman baru yang betul2 mencabar sebab selama ni  selalu volunters untuk program dalaman je..banyak beza  volunters dlm n luar kawasan , kalau kat luar kita memang kena pandai bertindak..memang takde brifing apa..just yg ringkas then GO~~ buat sendiri pepandai.. memang awkward jugak lee..hehe..apa2 pon memang best la try new things kan..

geng OT UKM

malaysia united run 
another activiti yang aku join ialah BERLARI / RUN adoiiiii..satu benda yang paling x best ..first RUN yg aku masuk adlah  MALAYSIA UNITED RUN .. ni masuk pon sebab first year WAJIB... memang tak la aku nak lari..hhohho..tambah2 bersesak dengan 10ribu ++ orang memang tak lee..   tapi yang bestnya part ni sebab dapat MALAYSIA BOOK OF RECORDS.. ni rekod aku yg kedua la kiranya sebab yang first time kat KMPP dulu...
 OT run

second RUN yg aku masuk adalah OT RUN which WAJIB jugak..huhuuu T_T ..yg ni best sikit sebab peserta yang join just budak2 OT seluruh malaysia which about 1000++ orang so ada chances la dapat hadiah..hehe

next, ialah aktiviti yg first year OT buat adalah MOBILITY CLASS n ADL-  COOKING  which adalah satu sesi kelas (berasingan) yang purpose dia adalah untuk memupuk empati pelajar OT kepada bakal2 patient2 nnti, selain tu nak  tambah pengalaman dan pengetahuan untuk mencuba dan belajar cara nak guna mobility tools macam crutches, wheelchair n dll dan juga memasak sebagai DISABLE PERSON guna ADLs tools.. dah nama memasak as disable person.. kami mesti act as them..so tgn kena ikat sebelah , kaki kena sebelah je n macam2 la sebab nak bagi rasa macam mana disable person tu..


peserta pitching
next , setelah lama "bersara" dari competition yg speech2 ni , tiba2  aku "dipilih" untuk wakil course untuk english pitching untuk Program Bicara Tuntas FSK. (terima kasih kertas cabut undi).. disebabkan semua senior OT kena pegi posting so tinggal la first year ja so nak tak nak dengan masa seminggu ja..berlatih la kan  ..nak buat cenna.. hari competition tu nerves lain macam.. awal2 speech aku okay je..tiba2 terpandang dekan... GULP...ZAPPP.. hilang trus apa yang cakap..ntah apa yg aku goreng hangit atas pentas tu.. last2 dpt saguhati haha..bahagia.. apa2 pon moral of  the story jangan dok hafal fahamkan isi kita..jadi apa2 kita bleh goreng lagi~

then seminggu lepas tu, study week and trus exam week.. perasaan first time jawap exam as degree student tu mmg tak boleh nak di bayangkan.. rasa takut, gembira semua bercampur..soalan pon boleh tahan.. as usual every year FISIOLOGI la antara yang killer subjek...semoga resultnya baik2 saja..



lastly , pada 19 Januari 2016 hingga 23 Januari 2016, time orang dah balik  kampung untuk cuti sem.. aku bertemu dengan family baru di Johor . PMFSK telah anjurkan Program Bakti Siswa (ProBASIS) di Kg Serom 5 &6 , Johor which aku adalah one of the exco's..banyak yang aku dapat dari program ni even kami memberi kami juga menerima ^^ selain berbakti di Kg Serom 5&6 , kami juga ada buat Hari Terbuka FSK di MRSM Muar, untuk memperkenalkan course2 yang ada dalam Fakulti Sains Kesihatan ni..alhamdulillah semuanya berjalan lancar^^ . the most important thing , dapat keluarga baru dekat situ.. diorang baik sgt2.. sampai sekarang contact lagi..kehidupan aku selama seminggu dengan diorang banyak buka mata dan hati aku untuk lebih bersyukur dengan kehidupan aku selama ni, walaupun diorang , lebih sederhana dari aku... diorang usaha nak bagi yang terbaik untuk anak2 angkat diorang.. alhamdulillah .terima kasih ibu n adik2 ^^



kitaorang bertiga + ibu & adik2


alhamdulillah setakat ini sahaja entry kali ni..semoga tahun 2016 ni lebih baik dari sebelumnya..dan semoga sem2 yg bakal tiba dalam beberapa hari saja lagi ni dapat aku tempuhi dengan baik.. inshaAllah..
wassalam~




MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...