Sunday, March 12, 2017

Surat Thani - Koh Samui


Bersyukur ke hadrat illahi. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah diberikan masa dan juga "kerajinan" untuk menaip pada kali ini.


Hari ni genap sebulan dari tarikh kakiku menjejaki Surat Thani & Koh Samui. Bagi aku ini adalah seakan angan- angan menjadi kenyataan, bila dapat nak keluar travel luar negara. Last travel luar negara dulu, adalah pada 2008 ke Padang, Indonesia. Sayang zaman tu takde lagi telefon & kamera canggih, nak rakam video & tangkap gambar sebagai kenangan. Alhamdulillah pada 8 Febuari hingga 12 Febuari aku berjaya travel hampir keseluruhan Surat Thani & Koh Samui, Thailand.Mungkin, post kali ni lebih banyak gambar dari kata-kata, kerana pengalaman ini tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.



Destinasi kami adalah Koh Samui ataupun dikenali sebagai Pulau Samui. Perjalanan ke sana dari KLIA2 memakan masa yang agak lama iaitu hampir 9 jam, kerana kami perlu bertukar-tukar kenderaan. Naik flight dari KLIA2 ke Surat Thani Airport, kemudian naik bas dari Surat Thani ke pelabuhan untuk ke Koh Samui, kemudian (hahaha) naik feri ke Koh Samui dan finally naik van ke Lotus Hotel, Koh Samui. Agak memenatkan sebenarnya perjalanan ke sana, hampir 1 hari, main di jalanan sahaja. Sepanjang travel ni ada 2 barang penting yang perlu ada, iaitu universal adaptor sbb plug dekat sini lain sikit dari Malaysia dan simkad thailand + data internet (99 baht). Kalau takde 2  barang ni, tak bermakna travel ni.

Gerai Pancake 
Sesampai saja di Lotus Hotel, check in, then terus pegi cari makan. Dekat sini agak susah nak cari kedai makan yang halal, jadi pusing2 la jugak mencari tu. Disebabkan terlalu lapar, kami sempat ngap banana pancake atau nama kampung kita lempeng pisang dulu sebelum ke kedai makan. lol. Boleh tahan juga rasa pancake ni . Memang kita akan nampak gerai pancake ni di rata-rata kawasan di situ.


2nd day, kami mulakan journey dengan pusing-pusing Koh Samui naik Hilux. wuuu.. best kot. Walaupun panas kena matahari terik, tapi sangat enjoy, bila lagi nak buat kerja macam ni. Seharian suntuk kami pusing-pusing Koh Samui. Dari pusing-pusing cari makan , pegi tengok pantai sampailah pegi melawat Pusat Kanak-Kanak Special Needs. Alhamdulillah.


Untuk 3rd day, yes for sure pusing-pusing Koh Samui dengan hilux lagi, but hari ni more mencabar, which dapat naik bot, bagi ikan makan, island hopping dan paling tak boleh dilupakan berenang (i mean timbul atas air) di tengah - tengah lautan. lol. kaki terkapai-kapai dalam laut, just berpaut tepi bot je. sumtimes tak dapat imbang badan, rasa macam nyawa-nyawa ikan je, macam nak lemas , padahal pakai life jacket kot. awal- awal tu bajet nak snorkeling la bagai, last-last tak berani. huhu.  Hampir setengah hari ada di tengah lautan dari tengah hari sampai ke petang.

Naik Tuk Tuk
Then, untuk 4th day, kami dah gerak balik ke Surat Thani dari Koh Samui. Menginap semalam disitu, sebab akan catch up flight balik Malaysia esoknya. Sepanjang di Surat Thani, tak banyak yang dibuat, just pusing-pusing cari makan dan ole-ole nak bawak balik Malaysia. Di sini, kami travel dengan Tuk-Tuk which is teksi kecik dekat sana. Best jugak naik Tuk- Tuk ni sebab rasa macam naik lori  mini, sambil-sambil boleh menikmati pemandangan sepanjang jalan.

Dan akhir sekali, hari terakhir di Surat Thani. Memandangkan flight kami pukul 1 petang, jadi sepanjang pagi tu kami pergi cari makan dan berjalan-jalan, shopping barang-barang nak bawak balik Malaysia. Alhamdulillah.


Airport Surat Thani - menunggu bas untuk ke jeti

Bilik Lotus Hotel

Abang Pancake




Malam- malam pun sempat lagi naik hilux.. sejuk je
anak- ank kecil pun tak terlepas merasai pengalaman pusing bandar naik hilux
Di Samui Special Needs Foundation

Koh Samui Sunset

Airport Surat Thani - before fly back to Malaysia

sponsors kita
Ok, aku rasa sampai situ saja, apa yang nak ditulis, takde apa yang boleh diceritakan melainkan dengan gambar. A big thank you kepada sponsors kita, Cik Mah, Abang Lan Kak eja, Abang Long, Kak Dayah, Sari & Abah. Tidak dilupakan my parents yang bagi kebenaran untuk travel plus bg duit untuk travel. Insha Allah , one fine day, ada rezeki akan cari peluang untuk travel lagi. Maybe 3rd sem 3rd year nanti? oppss..

 "Be a traveller, not a tourist."- kak eja

                        -wassalam-

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...