Wednesday, August 15, 2018

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.


Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku pertama kali menghadiri conference iaitu Malaysian Occupational Therapist National Conference atau nama pendeknya MOTNC sesi 2018. Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk hadiri MOTNC 2018 yang berlansung dari 25 hingga 27 April 2018 yang diadakan di Kuching Sarawak.

Inilah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ni. Bersempena MOTNC ini diadakan di Kuching, jadi aku ambik peluang ini untuk melancong di Kuching. Alhamdulillah. 3 hari di sini, bertemankan 2 orang akak senior, kak Syafiqah dan kak Zawani.

Kami terbang ke Kuching pada 24 April 2018, sehari sebelum conference. Jadi awal-awal pagi 24hb kami naik train untuk ke KLIA 2. Dari urusan hotel, tiket flight dan check in semuanya diuruskan oleh akak- akak. Terima kasih akak-akak. Aku walaupun dah banyak kali naik flight tapi, still tak pandai nak uruskan part-part nak beli tiket and check in ni. He he.

Flight kami sebelah pagi dan perjalanan ke Kuching mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit macam tu, jadi masa kami touch down di Kuching masih terlalu awal untuk kami check in hotel. Oleh itu, sambil-sambil nak tunggu check in pukul 2, kami pusing-pusing dulu sekeliling area Waterfront.  Kami pusing- pusing Waterfront tu masa tengahari buta, jadi takde orang pun kat luar tu sebab yela tengah panas terik kan. Tapi alhamdulillah, berkesempatan la jugak untuk naik bot untuk seberang sungai dan pusing- pusing tengok scenery. Lepas dah penat pusing, baru la sedar diri nak balik hotel untuk check in.


Nampak tak muka start burn kat situ, hitam semacam!
Ais Krim Gula Apong
Sepanjang kami di Kuching, kami stay di Tune Hotel yang bagi aku sangat selesa dan harganya pun berpatutan memandangkan kami student dan tempat conference pun berdekatan je dengan hotel. Disebabkan kegegehan nak berjalan tengahari buta sangat, petang tu aku dah start mengigil dan mula rasa macam nak demam. Padan muka! Tapi lepas makan ubat dan tidur kejap, alhamdulillah.

Pada sebelah malam, kami keluar cari makan. Sebab kami semua first time, so google la panduan kami. Jadi malam tu, kami ke Mom's Laksa Kopitiam. Kat situ, aku cuba rasa Laksa Sarawak. Serius sedap. Untuk first timer bagi aku, setiap satu suapan tu aku cuba untuk nikmati. Rasa dia macam mee kari campur laksam macam tu, taktahu nak express macam mana, rasa lemak-lemak manja tapi dalam masa yang sama pedas jugak. Jadi, sesiapa yang tak pernah rasa laksa Sarawak, mesti cuba tau! Lepaas tu, kami pekena Ais Krim Gula Apong! Ini antara desert yang wajib korang rasa bila datang Sarawak. Rasa dia smooth ja, sedap manis-manis garang gitu (sebab aku tak suka manis sangat) ditambah dengan topping pilihan. Ais krim ni sedap sampai rasa nak ulang-ulang makan, tapi once dia dah cair dah tak best. So nasihat aku, masa nak makan tak payah sembang ye, nanti  cepat cair!

Laksa Sarawak
Hari kedua kami di Sarawak adalah hari pertama kami hadiri conference. MOTNC ni actually conference untuk staf OT, tapi penyertaan juga dibuka untuk students. Memandangkan yuran untuk student murah dan MOTNC diadakan di Sarawak, why not kan? Selain kami bertiga, beberapa adik-adik junior 2nd year dan senior 4th year OT jugak ada join. Memandangkan our lecturers adalah one of the committee dan selalu promote kepada student, jadi ramai yang berminat nak pergi. Sambil-sambil tambah ilmu, boleh juga melancong kan. Hari first join conference, rasa excited sangat, sebab dapat jumpa ramai orang hebat-hebat OT yang banyak pengalaman dan very skillfull. Paling best bila kami berpeluang untuk jumpa and have conversation dengan presiden OT Malaysia Occupational Therapy Association (MOTA). Dapat dengar pendapat mereka berkaitan isu-isu semasa OT, dengar kata-kata semangat dan tips serta ilmu dari diorang. Alhamdulillah. Selain itu, berpeluang untuk dengar talk speaker jemputan dari dalam dan luar negara. Awesome!


Bersama presiden dan comittee MOTA
Malam tu, lepas habis conference, kami keluar makan malam di My Village Barok. Tempat ini adalah tempat popular pelancong. Kami dapat tahu ni pun dari abang grab yang hantar kami ke Mom's Laksa tu. Katanya tempat ni sangat recommended untuk pergi bagi sapa-sapa yang nak cuba merasa masakan Sarawak. Jadi, di sana kami order main dish kami iaitu Nasi bersama 'Manuk Pansuh' atau Ayam Pansuh iaitu ayam dengan kuah sup yang dimasak didalam buluh. Rasanya bagi aku sedap dan interesting sebab rasa dia macam ala-ala tomyam campur masak pindang macam tu? Taktahu nak explain macam mana. Ayam Pansuh sedap tapi tak la sesadap sampai aku nak repeat lagi. Then, dapat merasa juga ' Midin Goreng Belacan'. Actually, midin ni paku pakis. Ok first time makan paku pakis. Sedap la jugak.
Midin goreng belacan & Ayam pansuh

Selain itu,  aku juga cuba Mi Kolok Ayam. Sedap sangat! Kalau yang ni cofirm akan repeat . Masa tu rasa macam nak order lagi ja, tapi perut dah full sangat. Mi Kolok ni adalah antara dish yang memang aku teringin sangat nak rasa dari dulu lagi, dah that night finally dapat juga rasa. Alhamdulillah. InshaAllah nak repeat lagi kalau berkesempatan ke sana. Lepas makan malam tu, berkesempatan pulak pergi date dengan long lost friend, my KP, ketua praktikum masa matrik dulu, Raziq. Raziq study di UNIMAS, dan memandangkan haritu di ada datang area Kuching, so ambik la peluang untuk jumpa kejap. At first, awkward la jugak. Yela kan dah lama tak jumpa, tapi lama-lama dah okay dah boleh mula-mula sembang rancak. Malam tu jugak aku repeat ais krim gula apong ^^.

Mi Kolok Ayam

with my KP
wt the speaker: both gentleman back there
The next day, semasa conference aku berpeluang untuk join Mental Health Workshop yang disampaikan oleh speaker yang juga merupakan OT dari negara terbit matahari, Jepun. Banyak perkara baru dapat dipelajari semasa workshop tersebut yang tertumpu kepada rawatan OT terhadap pesakit mental. Selain itu, aku berpeluang untuk menghadiri AGM MOTA. Dapat mendengar isi semasa OT dan juga perancangan masa depan untuk profesyen OT di Malaysia. Tetiba masa ni rasa acah- acah macam dah kerja. Teruja terlebih pula ^^

Tangga batang pokok
Day 4, the last day of MOTNC. Last day ni aktiviti banyak berfokus kepada pertandingan poster presentation dari beberapa OTist dan majlis penutupan. Masa poster presentation tu, banyak sebenarnya yang dipelajari. Most of the presentation were based on true research, so yup interesting! Alhamdulillah troughout the conference, banyak actually yang aku belajar dan paling best dapat bergaul denga OTist dengan lebih dekat, dapat korek pengalaman mereka sebagai OTist, siap boleh panggil akak lagi walaupun jarak umur sangat berbeza.

Pada sebelah petang, selepas MOTNC tamat, kami ramai-ramai student pergi ke Sarawak Cultural Village. Di sana, kami dapat merasa masakan tradisional Sarawak, dapat tengok persembahan tarian tradisional dan dapat pusing-pusing  tengok binaan rumah tradisional Sarawak. Awesome!! Aktiviti yang paling extreme aku buat di sini adalah naik dan turun tangga rumah-rumah di sini. Gayat kot, sebab rumah- rumah di sini tinggi, dan sesetengah tangga rumah hanya dibuat dengan batang pokok yang kecik dan curam. Memang meremang especially masa nak turun. Lepas dah seronok pusing-pusing kawasan, malam tu, kami ke Top Spot untuk makan malam. Di Kuching, kalau nak makan makanan laut yang best, makan di Top Spot. Dekat sini, dia macam food court, banyak kedai yang jual masakan laut. Memang crowded dengan pelancong dan juga orang tempatan, sampai perlu tunggu turn nak duduk.

Masakan tradisional



Last day at Kuching, mostly di habiskan dengan pusing-pusing Kuching cari cenderahati. Paling special dapat pergi UNIMAS, jumpa my beloved friend Azrin dan dapat keluar jalan-jalan dengan dia. Last day tu, Azrin la yang jadi tour guide kami. Azrin bawak kami pusing-pusing cari cenderahati dan juga paling pentik Kek Lapis Sarawak! Lepas tu, kami pergi makan Nasi Ayam Penyet di Rj Ayam Penyet. Puas betul makan dekat situ. Masa ni rasa bahagia ja, sebab dapat jumpa Azrin. Rindu sangat sebab dah lama tak jumpa since sebelum masuk matrik lagi. Then, malam tu lepas hantar Azrin balik, kami terus bergegas ke lapangan terbang sebab flight kami dalam pukul 11 lebih malam.

So, this is the end of Sarawak Trip. Such a great memory here. Things end, but memory last forever.
wt beloved  Azrin





No comments:

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...