Friday, October 14, 2011

events sepanjang PMR

banyak event yang telah berlaku sepanjang PMR di maahad. semasa semua form 3 tengah bertungkus lumus menjawab kertas BM, seorang pelajar putera sekolah mira telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. dia dikatakan mengalami kesakitan pada pagi peperiksaan. dia terlepas dua kertas sebab x sedar lagi.  lepas sedar ,dia terus ambil kertas PAI. cikgu ada minta kertas back-up tak tau la dapat ka tak. itu cerita disebelah putera.

disebelah puteri pulak,salah seorang drpd sahabat kami kena demam campak beberapa hari sebelumPMR. dia kena ambik periksa di bilik quarantine. sepanjang PMR bilik sakit dijadikan bilik quarantine.ha haa mcm2 la ragam org nak mek periksa. ramai jugak org yg x sihat maklumlah cuaca x menentu.

satu lagi event yang mira alami dan event nie la yang paling mira ingat. event nie terjadi di asrama puteri MMAS. pada tanggal 7OKTOBER2011 pada pukul 6.15PG, asrama mira telah dimasuki penjenayah alias pengedar dadah yang diburu. mereka dikatakan melarikn diri dari buruan polis lalu memasuki asrama mira yang berada di luar kawasan sekolah dengan merempuh pintu pagar hingga pintu itu melayang.dua org polis telah melepaskan dua das tempakan. waktu itu semua budak asrama tengah sembahyang subuh. penjenayah  dan polis2 tu x tau yang asrama mira tu asrama. depa ingat taman perumahan. memang gempar gile waktu . sembahyang pon x khusyuk.  penjenayah tu buat drift kat padang asrama lalu memecut keluar. banyak serpihan2 kereta tu di merata tempat.  polis dah mai wat pemeriksaan petang tu. dan penjenyah tu dpt ditangkap dengar ceritalah.okey sampai situ saja nanti lain masa mira ceta benda lain plak.        

prank besday ke-15

alooo. i'm back .  dah lama x up date bog. sori le sibuk nak ambik PMR. Sekarang dah free dah. Hari nie baru nak start balik. sepanjang x up date blog mcm-mcm perkara terjadi . Antaranya ialah seperti tajuk diatas.

                        Kisahnya bermula apabila rakan2 karib mira x mengambil peduli tentang mira. Yg selalu menegur ,x menegur, yg selalu kejut mira untuk keluar rehat , x buat begitu. Mira pun pelik. Mira ingatkan sebab mira buat2 merajuk malam sebelum tu di bilik prep. Mira nak tanya tapi berani( besa la pengecut)
                       
                         Setiap hari mira termanggu- manggu  memikirkannya dan kadang2 mira nangis(dlm kelambu ja la) . Mira selalu mengadu kat seorang hamba Allah nie (identiti dirahsiakan) dan rakan sebilik mira ,Ain.  Beberapa hari sebelum prank nie terjadi merupakan besday mira(11sept2011) . Pada pagi tu , mira terdetik untuk memeriksa purse dan menyusun duit  . Maklum la hari Jumaat sebelum tu  mira pi outing ke CP. so duit bersepah sikit le. Apabila mira bukak.........aaaaaaaaaaa mira terkejut , terpana bila mendapati kad ATM mira hilang. Betapa gelisahnya waktu tu. Mira terus bersiap pakai baju sekolah lalu ke bilik bacaan nak check beg outing. check punya check x dah.  Mira x tentu arah pastu mira nangis(ooh mana x nangis banyak duit dlm 2)

                         Mira pi sekolah pagi tu dgn keadaan gelisah. bila keluar dari asrama mira mendapati laluan ke sekolah telah dipenuhi air memandangkan semalaman hujan lebat.(selalu terjadi). mira dan budak asrama yang lain  berpatah balik untuk tukar kasut selipar. Sesampai di sekolah mira menekup muka di meja lalu nagis mengenangkan nasib di pagi hari lahir.
                 
                         ''Dah la x dak kawan, kad ATM hilang , org x wish besday, banjir pulak tu," itulah bicara hati mira sambil menangis.

                        Malam keesokan harinya, mira pi prep macam biasa . Masih terlihat cokelat 'HACKS' yang mira bagi kat rakan2 karib malam kemarin. langsung x berganjak dari kedudukan asal. Mira terkilan. Mira selalu menegur dan berbuat baik kat mereka , tapi x dak respon, masih x layan mira. Tiba 2 mereka  memrli dan mengata mira  hingga menyebabkan mira menangis(mira senang nak nangis). Mira berlari ke tandas selepas memekik di bilik prep mengatakan" Aku x buat poon!"(semua org kat bilik prep terpinga). Hanya Begtul yang menyusul dan memujuk. ( dia ja yg menegur mira sepanjang tempoh prank tu). Mira menangis di tandas hingga waktu supper. Beqtul dan rakan2 sebilik datang memujuk suruh keluar dari tandas. Mula 2 mira x mau keluar tapi mengingatkan sepupu mira yang nak ambik UPSR mira keluar.  Mira call dia dan bagi taujihad sikit. lepas tu mira prep macam biasa dan buat x peduli kat rakan2 mira.

                        Tiba2 Hannan panggil , dia kata dia jumpa kad ATM mira.( padahal mira dah tau dia yg ambik) Dia bagi kad tu dengan barang2 yang lain. Rupa2 banyak barang yang hilang lagi tapi x perasan.(loklak betui) Mira buat muka selamba ja. Lepas tu mira studi macam biasa .Tiba 2 mira saa'dah ( rakan paling rapat) kata '' tu patut  bersyukur  org jumpa kad dia, nie dok tuduh org ambik". Mira pon menjawap( pantang org cbar)"mana ada aku tuduh orang" . Lepas tu , mieza dan qamar  mencelah. Depa kata mira kutuk depa dalam blog la , mira couple la, mcm2 lagi. tapi Beqtul membela mira. dengan hati dan telinga yang panas mira menjawap" ha ! memang aku couple. awat cemburu , pak we aku kan hensem". waktu tu mira dah x tahan dah. mira nak nangis lalu pekup muka kat atas meja. Yang izzat dok kat tepi ,sengap ja, x kata pa.  depa semua dok bertelagah dgn Hannan. Tiba 2 Qamar sepak kerusi  dan mieza  ckp kuat 2 sambil berdiri  ( dgr mcm tolak kerusi)              " nie kawan kita nie dah buat masalah besar".  mira mencelah " aku x buat......" belum sempat habis kan ayat mieza cakap"sebagai hukuman kita wish mira happy besday"

                            mira tergamam dan terus menangis sambil menutup muka. semua form 3 wish kat mira malam 2. lepas mira habis nangis rakan2 karib mira terangkan perkara sebenar yang:-


  1. depa rancang semua nie untuk besday mira
  2. depa saja wat x layan
  3. depa nak makan cokelat 'HACKS' tu malam 2
  4. peranan Beqtul sebagai pembela mira
  5. AIN sebagai spy x bertauliah( x bergaji)
  6. satu form3 berpakat x wish kat mira pd malam besday
  7. Hannan yang ambik kad ATM
  8. Izzat  jadi pemerhati yang sengap

itulah ceritanya. hampir jadi gila jugak he he. tapi nie la besday paling best. mira harapa persahabatan nie tetap kukuh walaupun terpaksa berpisah lepas nie.

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...