Friday, August 18, 2017

2nd year as Occupational Therapy student


Alhamdulillah, tamat sudah pengajian aku sebagai pelajar tahun  2 Terapi Carakerja, UKM. Jadi hari ni memandangkan dah selesai semester 3 tahun 2, aku nak ambil kesempatan ini untuk menceritakan berkenaan  keseluruhan subjek pembelajaran tahun 2 ni.

Kita mulakan dengan semester 1. Untuk sem 1 ni, ada banyak subjek. 7 subjek semuanya dan core untuk OT ada 5 iaitu:
1.Neurosains
2. Terapi Carakerja Disfungsi Fizikal (OTDF) 
3. Aktiviti Kehidupan Harian Asas (ADL) 
4. Paediatrik untuk Sains Rehabilitasi (Paedsrehab).
5. Latihan klinikal I

AFO for children
Semua subjek ni sangatlah core dan bagi aku agak susah untuk aku terutamanya OTDF yang banyak berkaitan Ortopedik. OTDF ni kita akan belajar macam mana nak treat patient yang menghadapi masalah berkaitan ortopedik seperti fracture, tendon ruptures dan sebagainya. Kita akan belajar satu-persatu regim atau prosedur yang digunakan untuk treat patient serta belajar buat splint,antaranya ialah Ankle Foot Orthosis (AFO).

Bagi sesetengah orang ortopedik ni senang, sebab kita akan buat mostly perkara yang sama untuk patient, tapi bagi aku ianya sangat susah. Tapi no worries, kalau rajin dan banyak ulangkaji inshaAllah boleh. Next, untuk subjek Neurosains, kita akan banyak belajar berkenaan brain, yes otak kita. Macam mana maklumat disampaikan ke otak dan respond dihantar semula ke seluruh badan. Yes sangat menarik untuk dipelajari dan banyak untuk dihafal. hmm.. Next, untuk ADL , kita akan banyak belajar berkenaan aktiviti harian manusia dan juga assessment atau screening tools yang OT boleh guna pada patient. Untuk subjek ini juga, kami student OT diberikan task untuk membuat inovasi produk yang boleh digunakan untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah dalam kerja seharian.
the lucky16 bersama alat inovasi masing-masing

1st posting at Hosp. Sg. Buloh
Next, untuk Paedsrehab, kita akan banyak belajar berkenaan kondisi dan cara untuk beri treatment kepada kanak-kanak seperti Autisme, ADHD, Down Syndrome, Cerebral Palsy dan sebagainya. Kita juga akan belajar berkenaan assessment dan screening tools yang boleh kita guna kepada pesakit kanak-kanak. Untuk subjek ini, ada task dimana student perlu posting di klinik OT UKM untuk apply apa yang dibelajar. Banyak sebenarnya yang aku belajar, semasa posting di klinik OT UKM dan semestinya aku jadikannya sebagai warm up sebelum pergi ke hospital. Last sekali, latihan klinikal atau lebih dikenali sebagai posting. Inilah yang paling mencabar sepanjang bergelar pelajar OT,  menghadapi situasi kerja sebenar di hospital, bersama pesakit dan diri anda sendiri cuba mempraktikkan ilmu dan teknik yang dipelajari. Hospital pertama yang aku posting adalah Hospital Sg. Buloh dimana ia selama 2 minggu dan berfokuskan pada bahagian Ortopedik dan Surgeri. Di situ aku banyak belajar tentang treatment OT kepada pesakit, cara yang betul untuk assess pesakit dan yang paling best sekali bila aku berpeluang untuk buat splint yang tak pernah aku belajar sebelum ini.

Ilizaror splint
 
AFO for adult

Sem1 ni juga aku berpeluang untuk belajar bahasa isyarat asas. Banyak yang dipelajari sepanjang kelas sehingga kami boleh menyanyi dalam bahasa isyarat. Kami juga berkesempatan untuk berkomunikasi bersama komuniti masalah pendengaran dari Malaysian Federation of the Deaf (MFD) dengan bantuan bahasa isyarat. Yang paling best, adalah apabila kami berjaya menghiburkan mereka dengan nyanyian dan lakonan kami yang hanya menggunakan bahasa isyarat. Disamping itu, kami juga perlu ambil ujian bahasa isyarat dan alhamdulillah aku lulus!



Untuk semester 2, tahun 2. Sebanyak 8 subjek aku ambil dan antaranya ada 4 subjek core untuk OT.
1. Neurologi untuk Sains Rehabilitasi (Neurorehab)
2. Aktiviti Kehidupan Harian Instrumental (IADL)
3. Isu2 Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ( IPKBK)
4. Latihan Industri II

Bagi aku, subjek semester 2 lebih ringan dari subjek semester 1. Senang nak faham, banyak praktikal dan senang nak score dan alhamdulillah semester 2 tahun 2 ini, aku berjaya memperolehi Dekan dengan PNGS 3.74, satu pencapaian yang tertinggi aku capai sepanjang di UKM ni. Alhamdulillah. Macam tidak percaya sahaja. Berkat doa semua dan kehendak illahi. Aku mampu genggam dekan. Mungkinkah kali pertama dan terakhir? Barangkali? 

Berbalik kepada subjek, Neurorehab pada semester ini adalah sambungan Neurosains pada semester 1 , tetapi kali ini lebih kepada praktikal dan rawatan dan assessment kepada kes- kes neurologi. Kemudian, untuk IADL, kita akan belajar berkenaan aktiviti harian yang lebih kompleks, assessment dan juga rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit. Untuk subjek ini, perkara yang paling menarik adalah, subjek ini ada task yang melibatkan kerja luar. Kami ditugaskan untuk membuat "Community Participation" di mana kami semua perlu keluar ke public dan berlakon menjadi disable people or injured people sambil menjalankan IADL. Tujuan task ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar sebagai disable people dan memupuk rasa empati dalam diri pelajar macam kata pepatah tu "try to put yourself into their shoes". Cuba rasa dan feel how to be them. Sebabnya, kita sebagai bakal terapis, perlu ada rasa empati, means rasa apa yg patient rasa,bukan simpati kasihan sahaja. Itu yang kita nak. Jadi pada hari itu, aku berlakon menjadi orang yang injured pada kaki kanan, memakai crutches yang berhajat untuk membuat urusan perbankan dan beli belah. Dengan bantuan, partner, Afiqah aku berjaya menamatkan misi kami. Sungguh banyak yang aku belajar dari task ni. Salah satunya, bersyukur atas kemampuan dan kesihatan kita.

Kemudian, untuk IPKBK tu, subjek lanjutan dari Paedsrehab, di mana kita akan belajar lebih mendalam terhadap kondisi dan treatment kepada pesakit untuk di praktikkan semasa Latihan Klinikal II. Akhir sekali, latihan klinikal II ni, berfokuskan Paediatrik dan aku berpeluang untuk posting di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selama 3 minggu.

Walaupun semester 2 sudah tamat, tetapi masih berbaki semester 3, sebelum officially end of 2nd year's life. Untuk semester 3, hanya ada 2 subjek, iaitu:
1. Projek Komuniti
2. Promosi Kesihatan.

Bagi subjek projek komuniti, subjek gabungan bersama jabatan rehabilitasi , which subjek bersama student speech, fisio dan audio. Jadi untuk subjek ini, kami perlu melaksanakan program komuniti, hasil lanjutan subjek semester 2, Rehabilitasi dalam Komuniti. Jadi, pada 19 Julai 2017, kami telah
mengadakan program I hear U, U hear Me khusus untuk komuniti yang menghadapi masalah pendengaran yang bertujuan untuk menggalakkan interaksi orang awam dengan komuniti tersebut. Program ini berjaya dilaksanakan hasil bantuan dan kerjasama para pensyarah, pihak MFD dan juga SPK Pertuturan KIU.

Untuk subjek Promosi Kesihatan, student akan belajar mengenai peranan OT untuk mempromosi kesihatan kepada komuniti serta penyakit-penyakit berkaitan. Kelas dijalankan selama seminggu dan di akhiri dengan final exam untuk subjek tersebut. Subjek ni juga ada kerja luar atau kerja lapangan, di mana kami mengadakan promosi kesihatan di Klinik Jinjang. Pada program tersebut, kami mengadakan pemeriksaan kesihatan khusus untuk pesakit diabetis, seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula, pemeriksaan kaki dan sebagainya.

pemeriksaan kaki 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan aku sebagai pelajar Occupational Therapy, dan mengetahui kisah-kisah aku sepanjang tahun 2 ini, anda bolehlah ke 2nd year-life as a senior
 


2nd year - life as a senior


Alhamdulillah, baru sahaja habis exam untuk semester 3 tahun 2 beberapa hari lepas. Ya semakin naik tahun pengajian, semakin tough dibuatnya, but finally i survived 2nd year and sekarang tengah cuti sem untuk naik tahun 3.

Okay, back to main topic untuk post kali ini. Memandangkan sekarang dalam mood rajin, so hari ni kita nak buat story morry mengenai life sepanjang tahun 2 ni dan semestinya akan panjang. Sebelum tu, nak introduce muka-muka kami the lucky 16 yang happy naik 2nd year..hahhaa.

the lucky16
Tahun 2 ni, adalah tahun yang mencabar bagi aku sebab ada 2 tanggungjawab besar yang aku pegang. First, as Exco Pebangunan Mahasiswa PMFSK dan satu lagi as Timbalan Setiausaha Club of Occupational Therapy Students (COTS). Dan satu lagi, tahun 2 ni dah start clinical posting,so hidup semakin sibuk. Jadi tahun ni adalah tahun, yang aku betul-betul bina diri aku untuk yang jadi lebih baik,  berdisiplin dan tidak bertangguh. Dan alhamdulillah dah berlalu pun tanggungjawab itu.

Pada awal tahun 2 ni, banyak sibuk dengan kerja-kerja PMFSK, tapi sempat lagi kami the lucky16 buat trip ke Port Dickson. Pegi 2 buah kereta, konvoi ke sana. seharian di Port Dickson tu. Main air, bersantai di tepi pantai macam dugong, hahaha sampai rentung, hitam semua . Paling tak boleh dilupakan incident ramai-ramai jatuh dari banana boat, gelak guling-guling bila ingatkan balik walaupun situasi masa tu agak cemas. Tapi masa tu aku tak join naik pun sebab takut dan rasanya sampai bila-bila kot tak naik..hheehe. Tapi sayang tak semua boleh join. Maybe next trip?

Satu kejayaan besar telah aku kecapi semasa di semester  iaitu aku mampu habiskan larian 10km dalam masa 1 jam 10minit. Yeay I did it!  Bagi orang mungkin, itu pencapaian yang biasa- biasa sahaja tetapi bagi aku, ianya luar biasa. Sebelum ini, larian 4km pun sudah semput tapi kali ini aku mampu! Sungguh inilah pengalaman  dan pencapaian paling manis dan berharga bagi aku. 10 km bukan jarak yang dekat, tapi aku mampu atasi kawan-kawan aku yang kurus-kurus tu. hehhe.


Habis semester 1, tahun 2. Sepanjang cuti sem untuk ke semester 2, aku terlibat dengan FSK Attack! , program di bawah pimpinan aku dan Intan sebagai Exco Pembangunan Mahasiswa PMFSK1617. Banyak yang aku pelajari dari program tu, dan salah satunya adalah "trust". Kemudian, selepas habis FSK Attack, kembali ke pulang ke rumahku di Kedah sebelum terbang ke Surat Thani . Alhamdulillah, settle.

Next, semester 2, tahun 2. hidup aku sepanjang sem ni banyak dihabiskan dengan berprogram selain daripada belajar. Sambil- sambil sibuk belajar tu, sambil-sambil tu timba ilmu dari segi berprogram. Antara program yang aku join adalah Pesta Ang Pau ke- 18, KTSN sebagai ajk jamuan yang berperanan untuk menyediakan makanan tradisional masyarakat cina kepada VIP yang hadir. Yeay memasak kayy! Banyak menu-menu baru yang aku belajar, semasa trial untuk Test Dish tu. Yang paling aku suka buat dan makan, nyum2 adalah Yee Sang, ala yang sayur banyak-banyak lepastu kita tengok masyarakat cina angkat pakai chopstick ramai-ramai tu..Yang tu la. Pada malam 17 Mac 2017, selepas berhempas, pulas menyediakan makanan, aku diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis khusus utuk jamuan makan  pada malam itu berpasangan dengan seorang pelajar cina dari seketeriat kami. Alhamdulillah, satu penghargaan.


Team Jamuan PAP ke-18

Sehari selepas itu, 18 Mac 2017, aku terlibat dengan program Rise2Shine anjuran PMFSK1617 satu program tutor bersama anak-anak Rumah Titian Kasih. Walaupun penat dengan PAP, aku gagahkan juga untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai ajk program. Alhamdulillah, program ini pun satu penghargaan kepada aku, selepas YDP PMF sendiri melamar aku untuk join program ni , bagi membantu dan memantau junior-junior yang diberi peluang menjadi exco. Alhamdulillah. satu penghargaan lagi. Part yang paling best bagi aku dalam program ni adalah nama program ni sendiri , di mana nama itu adalah cadangan aku semasa pemilihan nama untuk program. Alhamdulillah. Walaupun, ini program tutor bersama anak-anak Rumah Titian Kasih, aku tidak berpeluang untuk memberi tutor, disebabkan komitmen lain, oleh itu, aku buat sehabis baik untuk establishment dan persediaan program ini.


Team Rise2Shine

Next, berpeluang untuk join Neuro Rehab Workshop, Occupational Therapy Management in Neurological Conditions : Stroke & Traumatic Brain Injury anjuran department OT. Sepanjang 3 hari join workshop ni, banyak yang kami belajar, dari segi teknik rawatan, asessement dan sebagainya. Penyampai workshop, Dr Lim Ai Lian, dijemput jauh dari New York khusus untuk workshop ini. Alhamdulillah. Walaupun, ketika workshop ini, aku demam dan tak berapa nak fokus, tapi at least ada new things that I learned.




Sebelum semuanya bergerak keluar untuk posting di hospital masing-masing. COTS dengan bantuan department OT UKM telah menganjurkan OT Dinner pada 1 April 2017 , untuk meraikan pelajar tahun 4  yang bakal meninggalkan kami semua. Sedih sangat, akak2 4th year yang sangat supportive nak tinggalkan kita, rasa kehilangan sangat malam tu. Malam itu, aku tak boleh nak enjoy sangat sebab aku bertugas sebagai ajk program , jadi kehulur kehilir lah mengatur acara pada malam itu. Lepas habis dinner malam tu, ramai-ramai, 11 orang  tido dalam 1 bilik. Bersusun kau tido malam tu.

2nd year with lecturer and clinician
Sebelum posting juga, seperti biasa rutin sebelum pergi posting, kami semua perlu menyiapkan segala tugasan samada course core OT atau coure wajib fakulti. Jadi, seminggu sebelum pergi posting itu, hidup kami dipenuhi dengan presentation. Antara presentation yang paling aku rasa puas dan seronok adalah presentation untuk subjek Workplace Communication I dan Hubungan Etnik. Untuk kedua-dua presentation ini kami mendapat "the best presenter" dan "the best poster". Alhamdulillah. Segala penat jerih terbalas jua. Yalah, mana taknya, group course lain semua hantar 1 minggu sebelum study week, group kami hantar 4 weeks before study week, sebab nak pergi posting, jadi beban kerja tu 2x ganda la kan, dan itulah kehidupan student OT UKM ye . Tapi alhamdulillah we survided!! with lying colours~
Workplace Communication I


Apabila kita memegang satu jawatan, akan tiba masanya kita akan melepaskannya. Jadi pada tarikh 23 Mei 2017, aku telah melepaskan tanggungjawab aku sebagai Exco Pembangunan Mahasiswa PMFSK 1617 kepada peneraju seterusnya. Walaubagaimana, disebabkan "kecintaan" aku kepada PMFSK aku telah memohon sekali lagi jawatan di dalam PMFSK sebulan sebelumnya dan aku telah dicalonkan sebagai Timbalan YDP PMFSK bagi sesi 1718. Alhamdulillah, satu lagi peluang, tetapi kali ini aku perlu berentap dalam pilihan raya kecil (sistem baru) untuk mencari PMFSK sesi seterusnya. Pada tarikh, cabutan undi itu, aku tiada, posting di Seremban, jadi hanya tahu perkembangan apa yang berlaku di FB je. Masa tu, ketaq taktahu nak cakap, eventhough masa dapat tu rasa menyesal jugak sebab mohon. Jadi setelah keputusan diumumkan, yes seperti yang dijangka aku kalah. Ye lahh orang tak famous..hahaha. Tapi seronok juga dapat rasa pengalaman promote diri gitu. But thanks to 248 orang yang vote aku masa haritu. Terima kasih sangat bagi kepercayaan itu kepada aku.



Walaupun dah pergi satu tanggungjawab, namun datang lagi satu tanggungjawab yang lagi besar. Masih aku ingat, tarikh 16 Jun 2017, aku telah dilantik sebagai YDP Kelab OT atau dikenali sebagai Kelab Pelajar Terapi Carakerja (COTS) UKM sesi 2017/2018. Alhamdulillah keran diberi peluang yang besar begini, dan terima kasih atas kepercayaan tersebut. Mohon doakan aku, supaya kuat untuk memimpin COTS ni. Allahu.. Takutnya.


Setelah selesai AGM COTS ,jadi tamatlah semester 2 tahun 2. Tetapi tahun 2 , masih lagi tak habis. Masih ada semester 3 , dengan 2 subjek iaitu Projek Komuniti dan Promosi Kesihatan. Untuk subjek projek komuniti,  ia merupakan subjek sambungan  dari subjek semester 2 Rehabilitasi dalam Komuniti yang melibatkan 4 course dari jabatan Rehabilitasi. Untuk projek komuniti ini kami telah menjalankan satu program yang diberi nama " I Hear U, U Hear Me" pada 19 Julai 2017. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan interaksi orang awam dengan komuniti yang mengalami masalah pendengaran. Satu cabaran,buat kami untuk menjayakan program ini, kerana masa yang singkat untuk persiapan dan masing-masing mempunyai komitmen yang lain. Disebabkan program ini dilaksanakan pada semester 3, dimana pada masa ini hampir kesemua pelajar UKM sedang bercuti, tinggal hanya mereka yang mempunyai subjek di semester 3 sahaja, amat sukar untuk kami mencari peserta, tetapi dengan bantuan pensyarah, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Kami juga mendapat kerjasama daripada MFD dan juga SPK Pertuturan KIU. Alhamdulillah.


 Sementara menunggu final exam, aku offer diri untuk jadi volunteers untuk program anjuran Depertment Audiologi UKM, iaitu Program Break the Silent yang melibatkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dengan kolaborasi Kidszania pada 9 Ogos 2017. Semasa program, tersebut aku membantu untuk memantau dan membawa kanak-kanak tu, explore Kidszania dengan bantuan alat pendengaran. Best sangat, ye lah dah besar baru measa masuk Kidszania. Teruja, tergamam dan terleka aku dengan setting dan alatan "Pretend Play" didalm Kidszania tu. Kanak-kank boleh pretend jadi bomba, polis, posmen , doktor dam macam- macam lagi. wauu. Setelah selesai final exam dan volunters tu, maka selesai lah tahun 2 aku  sebagai pelajar Terapi Carakerja, UKM. Alhamdulillah.




Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan subjek yang diambil sepanjang tahun 2 ini, boleh ke 2nd year as Occupational Therapy Student

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...