Wednesday, August 12, 2015

Berjaya UPU- Terapi Carakerja, UKM



bersyukur ke hadrat illahi diberi kesempatan untuk kita memperbaiki diri menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa..

alhamdulillah kemarin telah diumumkan keputusan UPU..syukur ke hadrat illahi kerana impian sejak form5 dulu tercapai..alhamdulillah aku telah dapat tawaran ke UKM untuk course yg sgt2 aku impikan which TERAPI CARAKERJA aka OCCUPATIONAL THERAPY


alhamdulillah syukur sgt2..Terapi Cara Kerja ni bawah fakulti Sains Kesihatan which fakulti ni ada di UKM kampus KL..first  time dapat tahu dekat KL rasa sedih jugak sbb most of my friends yang dpt UKM semuanya UKM bangi..tapi lepas berkenal kenalan dgn senior..alhamdulillah rasa seronok n excited sgt..seperti mana cakap senior batch dia just 21 org utk OT student..batch aku??..haha..tak tahu la..setakat ni tak jumpa lagi sapa yang dapat course impian aku ni even dah bertapa lama dalam grup fb UKM INTAKE 15/16..semoga aku dapat jumpa coursemate cepat2..huhuhu

seperti mana yang aku tahu n selidik sikit2 budak2 fakulti sains kesihatan (FSK) ditempatkan di kolej kediaman / hostel KOLEJ TUN SYED NASIR (KTSN).....KTSN ni menempatkan bdk2 dari fakulti pergigian ,farmasi dan sains kesihatan sahaja which kitaorg akan belajar di Kampus UKM KL..so untuk fakulti2 lain diorg akan belajar dekat UKM Bangi or UKM Cheras n ada lah diorg punya kolej kediaman masing2..

di KTSN ni ,seperti mana yang aku tahu utk pelajar tahun 1 akan ditempatkan  dalam bilik double which 1 bilik 2 org n bila dah masuk tahun 2 dan keatas duduk bilik single..tak boleh dibayangkan duduk sorang2 dalam bilik..mesti tak best..tapi belum cuba belum tahu kan?? dan apa yang aku tahu..untuk pelajar tahun 1 roomate dia mungkin sama course dgn dia..apa2 pon kuatkan semangat.. ..harap dapat make friends cepat2 sikit..maklum la ramai friends dkt UKM bangi kita sorang ja dekat UKM KL ni..
sumber fb UKM intake 15/16 official

seperti mana matrik(KMPP) ada MPPB ,dkt UKM  ada MMM which MINGGU MESRA MAHASISWA..aku belum dapat detail lagi pasal ni..just tahu sikit2 tentang pemakaian..which SISWA baju kemeja putih n slack hitam ....SISWI  baju kurung warna biru plain/bercorak n tudung bawal putih....satu masalah bg aku sebab aku tak byk baju biru ... dalam tempoh MMM ni akan pakai ...takkan nak bwk 2 pasang je kan...apa2 pon tunggu surat tawaran keluar baru kita ambil tindakan.


semoga segala urusan dipermudahkan..n semoga aku lebih bersemangat dan rajin dari zaman matrik dulu. OCCUPATIONAL THERAPIST TO BE ..IN SYA ALLAH ...amin




MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...