Monday, August 15, 2016

Fakulti Sains Kesihatan, UKM


alhamdulillah, sudah  beberapa hari sejak keputusan UPU diumumkan . Tahniah diucapkan kepada semua . Mungkin sekarang bakal mahasiswa telah mula membuat persiapan untuk melangkah ke alam Universiti . Sudah mula mencari maklumat berkenaan Universiti dan course/bidang yang ditawarkan juga mungkin telah mula beramah mesra dengan bakal2 senior di Universiti nanti. Selamat Maju Jaya untuk semua^^


Ok untuk entry kali ini adalah berkisar tentang course /bidang yang ada dalam Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM,  memandangkan saya adalah pelajar FSK UKM ^^ .  Untuk pengetahuan semua , dalam Fakulti Sains Kesihatan UKM terdapat 11 cabang bidang /course pengajian iaitu  1.Sains Bioperubatan    2.Optometri  3.Sains Pemakanan   4.Dietetik   5.Pengimejan Dianostik & Radioterapi   6.Terapi Carakerja   7.Fisioterapi   8.Audiologi  9.Sains Pertuturan   10.Keselamatan Persekitaran & Keselamatan Industri   11.Sains Forensik . ok , sebelum kita teruskan , jom kita enjoy dulu video korporat FSK UKM ^^


 

ok dah rasa fresh & bersemangat ?? dah excited & tak sabar nak tahu?? ok then,  kita teruskan dengan penjelasan serba ringkas tentang bidang/course dalam FSKUKM . Penjelasan ringkas ini adalah hasil pertolongan dari rakan2 dan senior2 FSK sendiri. Terima kasih ^^


SAINS BIOPERUBATAN

Sains Bioperubatan ialah kursus yang meliputi semua aspek sains kesihatan yang meliputi penerokaan ilmu dalam bidang sains bioperubatan seperti anatomi, fisiologi, mikrobiologi, parasitologi, entomologi, epidemiologi, biokimia, patologi, farmakologi, toksikologi dan imunologi. . 
Graduan lepasan kursus ini boleh menjawat jawaatn dalam pelbagai bidang berjumlah melebihi 20 jenis pekerjaan seperti Pegawai Sains Bioperubatan ,Pengurus Makmal Perubatan ,Pegawai Sains dan sebagainya .  FAKTA PENTING: Sains Bioperubatan UKM merupakan yang pertama di Malaysia dan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
                                                                                                               Eamie Elyna/2

OPTOMETRI


Optometri adalah satu profesion penjagaan kesihatan yang khusus pada mata dan struktur yang berkaitan , serta penglihatan, sistem visual dan pemprosesan maklumat penglihatan pada mata. Pelajar bidang ini juga dilatih untuk mmeriksa mata dan mengesan kecacatan dalam penglihatan , penyakit okular atau keabnormalan dan masalah dengan kesihatan umum.

FAKTA PENTING : Perkhidmatan optometri UKM merupakan yang paling lama sejak tahun 1979 lagi . Optometri UKM pernah mendapat pengiktirafan sebagai ranking kedua dunia , setanding dengan United Kingdom ,New Zealand dan Australia. Kini ramai graduan yang membuka praktis optometri yang dipunyai spenuhnya oleh bumiputra.
                                                                                                                   Syuhadah Rahim /3


SAINS PEMAKANAN

Sains Pemakanan merupakan satu bidang pelbagai disiplin yang boleh memberi kefahaman tentang bagaimana pengambilan makanan boleh mempengaruhi kesihatan. Kepentingan pemakanan dalam pencegahan penyakit telah mendapat perhatian dan diberi tumpuan di Malaysia.


UKM menyediakan kursus sains pemakanan sebagai satu kursus bukan klinikal yang mampu membawa mahasiswa dan graduan mendekati masyarakat dalam usaha membantu masyarakat.  

FAKTA PENTING :UKM merupakan antara institusi terawal menyediakan kursus sains pemakanan dan para pensyarah merupakan antara orang yang berpengalaman yang telah menerbitkan pelbagai jenis buku yang masih digunapakai oleh para pelajar kursus sains pemakanan sehingga kini.

objektif bidang sains pemakanan adalah supaya dapat melahirkan graduan pemakanan yang berpengetahuan yang mantap tentang sumber dan fungsi makanan serta impak pemakanan ke atas kesihatan mampu berfungsi sebagai pakar rujuk dalam bidang pemakanan dan boleh menjalani intervensi pemakanan.

Pakar pemakanan yang berkualiti sangat diperlukan untuk menjayakan program pencegahan penyakit kronik seperti obesiti , diabetis, hipertensi dan penyakit jantung yang semkain meningkat di Malaysia. Perkembangan minat masyarakat dalam pemakanan dan kesihatan telah meningkatkan peluang kerjaya graduan pemakanan. Prospek kerjaya dalam bidang sains pemakanan kini mendapat keperluan yang tinggi dek kerana penyakit kronik yang berleluasa kini.

Jadi apa tunggu lagi? Jom masuk UKM ! <3
(wah semangatnya kak laili kita ^^ )
                                                                                                              Laily Arba'i /3 


DIETETIK


Dietetik merupakan bidang yang secara terasnya mengaitkan pemakanan dengan kesihatan dan kehidupan. Berbeza dengan Sains Pemakanan yang bersifat "komuniti" , Dietetik pula bersifat "klinikal" dimana ia melibatkan pesakit , penyakit dan pemulihannya melalui pemakanan.
Dietetik merupakan bidang yang semakin berkembang dan penting atas kebolehannya dalam
menangani beberapa penyakit popular seperti diebetes , darah tinggi (hypertension) dan penyakit buah pinggang. FAKTA PENTING : UKM merupakan universiti terulung yang menawarkan Ijazah Sarjanamuda Dietetik (Kepujian) di Malaysia dan telah melahirkan Pakar Dietetik yang berkaliber sejak awal tahun 80an.
                                                                                                                         Siddeq Azha /3 


 PENGIMEJAN DIAGNOSTIK & RADIOTERAPI

Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi di Malaysia melibatkan 2 bidang yang diterapkan ke dalam satu program. Secara khususnya , bidang ini meliputi penggunaan radiasi di dalam bidang Sains Kesihatan dan Perubatan. 

Pengimejan Diagnostik adalah berkaitan dengan kaedah untuk memeriksa dan mengenalpasti struktur dan fungsi organ dalam tubuh manusia melalui penghasilan imej seperti MRI , CT, Ultrasound dan sebagainya. Radioterapi pula berkaitan dengan rawatan penyakit terutamanya kanser , menggunakan sinar-X , sinar gama dan bim elektron.


FAKTA PENTING: Menariknya, UKM merupakan satu- satunya universiti awam di Malaysia yang menawarkan kedua-dua bidang tersebut dalam satu kursus dan pada masa yang sama , menawarkan pengajian bidang radioterapi di peingkat ijazah sarjana muda.
                                                                                                                   Haziq Tahir /3


 TERAPI CARAKERJA (Occupational Therapy)



Terapi Carakerja merupakan bidang kesihatan yang menitikberatkan pemulihan individu yang mengalami masalah dari segi fizikal dan/atau mental, ketidakupayaan dan/atau kecacatan, samada bersifat sementara atau kekal . Ahli Terapi Carakerja yang terlatih melibatkan individu dalam aktiviti pemulihan yang direka khas bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam menguruskan diri di rumah dan tempat kerja, melakukan aktiviti masa lapang serta menjalani kehidupan yang bermakna.
[World Federation of Occupational Therapists 2003] 

FAKTA PENTING : UKM adalah yang pertama di Malaysia yang menawarkan pengajian Terapi Carakerja di peringkat Sarjana Muda. Perkara yang lagi menarik adalah , kursus Terapi Carakerja ini hanya ditawarkan di 2 buah universiti awam sahaja iaitu di UKM dan juga Uitm Puncak Alam. Wah!!

ok memandangkan saya adalah pelajar Terapi Carakerja , jadi bolehlah lawat entry di bawah untuk lebih maklumat tentang Terapi Carakerja^^



 FISIOTERAPI 


Fisioterapi merupakan sebuah profesion yang membantu mengembalikan fungsi fizikal ke tahap paling optimum selepas kecederaan , trauma mahupun ketidakupayaan. Peranan fisioterapi difokuskan kepada 4 iaitu rehabilitasi, habilitasi ,promosi dan pencegahan. Di UKM , pelajar diberi pendedahan mengenai skop perkhidmatan Fisioterapi khususnya pengurusan pesakit di hospital serta institusi kesihatan lain. Selain itu, ia turut merangkumi penilaian dan perawatan , perundingan , promosi kesihatan serta evidence-based practice.
                                                                                                                                                                                                                  Asma' Sahrim /2
AUDIOLOGI


Audiologi adalah bidang yabg berkaitan dengan masalah pendengaran dan keseimbangan, serta cara pengurusan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Graduan Audiologi mempunyai peluang pekerjaan di hospital, klinik , pusat pendengaran atau kedai dispensari alat bantu.

FAKTA PENTING: UKM adalah universiti yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara yang menawarkan program Audiologi di peringkat prasiswazah. Program ini mula ditawarkan sejak tahun 1995 dan mengambil masa selama 4 tahun.
                                                                                                                Doris Ley /2
SAINS PERTUTURAN


Sains Pertuturan adalah bidang pathologi pertuturan- bahasa yang berkaitan dengan pengurusan kecelaruan pertuturan bahasa & komunikasi serta masalah penelanan. Tempoh pengajian adalah 4 tahun dan pelajar diajar beberapa subjek asas berkiatan pendengaran & pertuturan dari tahun 1 dan subjek pengkhususan diajar pada tahun berikutnya. Kursus ini juga dilengkapi dengan latihan klinikal  intensif bermula dari tahun berikutnya.


FAKTA PENTING: program pengajian ini dipelopori oleh  UKM sejak 1995.

                                                                                                                            Aini Keria /2

KESELAMATAN PERSEKITARAN & KESELAMATAN INDUSTRI 
(Environmental Health) 


Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri merupakan bidang yang penting bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan keselamatan pekerja melalui peningkatan kualiti persekitaran yang sihat dan selamat. Ini meliputi kualiti udara, air, tanah dan bunyi, pengurusan sisa bermudarat dan sisa pepejal yang berkesan serta pelbagai aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang lain.

Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Kesihatan dirangka bagi memastikan salingkait di antara kesihatan dan persekitaran serta kepentingan isu kesihatan dan keselamatan di industri difahami. Selain daripada itu ia juga mengkaji kesan pembangunan, sosiobudaya serta persekitaran fizikal dan mental terhadap kesihatan. Program ini juga menitikberatkan kepentingan pembangunan lestari dalam pencegahan dan pengawalan masalah kesihatan persekitaran.
                                                                                                             sumber: UKM


SAINS FORENSIK

 Sains Forensik ialah aplikasi teknik saintifik untuk pemeriksaan bahan bukti bagi siasatan jenayah atau sivil. Ia menggabungkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia, biologi dan fizik asas. Melalui kaedah ini, ahli sains forensik memainkan peranan penting untuk mempersembahkan bukti saintifik yang akan digunakan sama ada untuk menyokong keterangan pihak pendakwaan atau pembelaan dalam siasatan jenayah atau sivil di mahkamah.


Program Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik di UKM merupakan satu program professional yang menekankan tentang penyelesaian kes jenayah menggunakan kaedah sains. Program Sains Forensik di UKM sudah hampir berusia 10 tahun dan merupakan salah satu program di bawah FSK. 

Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan dengan pembelajaran subjek kimia dan forensik. Antara subjek yang dipelajari ialah Kimia Organik, Kimia Analisis, Kimia tak Organik , Intrumentasi Kimia dan banyak lagi. Subjek Forensik yang dipelajari pula ialah Analisis Tempat Kejadian , Kimia Kebakaran , Entomologi Forensik , Patologi Forensik, Dokumen Analisis dan banyak lagi.

Program ini membenarkan pelajar bekeja dalam dua bidang iaitu forensik atau kimia. Graduan Sains Forensik akan dapat akses kepada pelbagai  organisasi dalam kerajaan yang mempunyai komponen penguatkuasaan. Ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Maritim (APMM). Manakala, sebagai seorang ahli kimia, pelajar boleh bekerja di pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
                                                                                                         Fatin Ghazali / 4



ok , alhamdulillah selesai sudah kesebelas -sebelas course/bidang yang ada dalam FSKUKM^^. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dan juga senior2 yang sudi membantu saya membuat penjelasan ringkas mengenai course/bidang masing2.

 Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua bakal mahasiswa FSK UKM^^. Selamat melangkah ke alam univerisiti dan semoga segala urusan dipermudahkan. fighting!!!!
 Sebarang pertanyaan boleh terus direct email kepada saya..okayy^^.

Wassalam^^

3 comments:

Anonymous said...

Untuk kursus PDR, selalunya berapa ambilan baru ?

Here's my email vxquezzha@gmail.com

Anonymous said...

Here's the actual email ��
vxquezzh@gmail.com

Unknown said...

Bolehkah saya bertanya beberapa soalan? Sata telah mendapat surat temuduga dari UKM utk course salah satu yang dinyatakan di atas. email saya :nuryusananei11@gmail.com

harap santat dapat membantuuu , saya buntu

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...