Wednesday, May 30, 2012

menjadi fesi

assalamualaikum. lama x update blog . alhamdulillah internat dah elok pon . sebelum nie internet rosak tapi dah okey . sekarang waktu cuti boleh la rehat jap, lagi pon baru habis dari periksa penggal. alhamdulillah periksa kali mira bleh wat dengan baik walaupun agak sibuk dan mira ada dapat beberapa result. semua result baik 2 belaka yang paling memranjatkan add math . ingatkan dah failed tapi alhamdulillah dapat B. terima kasih Allah. tapi yang selalu dapat A dapat C sedih betul. periksa Qawaid kali nie teruk. banyak masuk soalan i'rab part nie yang x reti nie.alamk dah melalut la plak. nie mira nak ceta pengalamn first time jadi fesi.

start hari khamis hingga sabtu  hari tu mira p jadi fesi kat satu skolah rendah nie. memang mencabar memandangkan adk2 kat situ agak hiper. yang jadi fesi waktu tu mira dan 6 lagi kawan 2 mira yang form 4 . kami jadi fesi untuk adik 2 perempuan  . adik2 lelaki fesi form 6. mmmmm. memang mancabar sepanjang kat sana. kat sana kami dilayan dengan baik. nak jadi rezeki kami jumpa mak cik kantin asrama kat sana. seronok betul jumpa dia. yang paling x tahan , mira x sedar pon yang dia dah pindah maklumlah jarang turun makan . he he.

adik2 kumpulan aku seramai 11 org. sebelas kepala sebelas perangai, sorang suka gaduh, sorang suka main , sorang suka nyanyi macam2. tapi walaupun pada awalnya pening melayan kerenah depa tapi waktu nak berpisah sedih gila. waktu majlis penutup wakil pelajar bagi ucapan .  terharu sgt2 dengar ucapan tu , hampir menangis serius sebak. tapi tahan ja la.

kat sana peristiwa yang paling ekstream bagi aku bila ada gangguan tuuutt pada malam kedua. heh seram.
kalau kat asrama ..aku tak ambik peduli sangat just tolong gitu2 je tapi kat sana, siap kena pegang lagi  . nie la pengalaman yang paling x leh dilupakan.malam tu tidoq peluk kawan ja.

ok sampai sini saja entry . sampai ketemu lagi . wassalam.

sesi ice breaking bersama adik2

Saturday, March 31, 2012

sambutan maulidur rasul

assalamualikum . lama tak update blog. ok untuk entry kali ni mira nak ceta pasal sambutan maulidur rasul kat skolah mira. walaupun agak lama berlalu mira tetap akan ceritakan.  kita perlu sentiasa mengingati baginda S.A.W pada setiap masa bukan sahaja pada maulidur rasul sahaja.

ok pada hari sambutan maulidur rasul kat sekolah  , ada diadakan ceramah maulidur rasul.pada sesi malam Ustaz Zainol Asri dijemput untuk memberi ceramah .beliau  mai dengan seorang tetamu jemputan yang bernama Habib....... ( x ingat nama) yang berasal dari Yaman(seorang ulama).

banyak perkara yang  dapat dan sempat aku catat. antaranya:-
  • ada org mimpi jumpa Abu Lahab yg disiksa tapi diringankan seksaannya pada hari isnin kerana dia amat gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dia gembira sampai memerdekakan Suwaibah dan menumbangkan 100 ekor unta.
  • nabi Adam pernah minta ampun kpd Allah dgn nama Nabi Muhammad S.A.W , dia tahu akan barakah nabi , walupun nabi belum dilahirkan.
  • ada org tanya nabi , nabi jadi nabi sejak bila :  baginda telah jadi nabi sebelum nabi Adam masih ada diantara air dan tanah.
  • nabi amat menyayangi cucunya Hassan dan Hussein , sampaikan bila nampak depa ketika di mimbar, baginda akan turun memeluk mereka.
  • sesiapa yang menziarahi baginda selepas baginda wafat, seolah-olah menziarahi baginda ketika baginda hidup.
  • di Raudhah bagaikan di syurga. Allah angkat darjatnya dan merupakan taman daripada taman syurga                                                            
pada sesi pagi pulak ada ceramah jugak. tetamu jemputan ialah Tuan Guru Hj. Zulkifli bin Suhaimi(pengetua maahad Ashatiri). beliau ada menceritakan kelahiran nabi Muhammad . sebelum beliau bagi ucapan, pengetua ada beri ucapan jugak , dan beliau ada habaq pasal sifat nabi. antaranya ialah:-
  • Nabi tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah
  • kulit muka nabi putih kemerahan
  • rambut nabi tak kerinting tak lurus
  • nabi jaln tunduk.
ceramah berjalan dengan lancar pada majlis sambutan Maulidur Rasul dan banyak qasidah dilaungkan.
dan bagi mira sambutam maulidur rasul kat skolah mira nie bagi sinar baru kepada pelajar maahad mira sebab selepas majlis ni,  qasidah dilaungkan dimana2 majlis malahan dalam kelas pon ada.

ok sampai situ sahaja. jika ada tersalh info pasal apa2 lebih2 lagi, tolong komen untuk diperbetulkan.sollu a'la nabiy~

Monday, March 12, 2012

kem qiyadah kepimpinan asputri

assalamualikum. ya allah lama tak update blog . sori le x sempat. ni baru balik dari kem nie. hari sabtu ari tu lagi. nie dah qada makan , tidoq , mandi skali. mira pi kem kepimpinan ajk asrama. memang ada dalam takwim asrama setiap tahun. mula 2 takut jugak la tapi bila dah abis rasa macam nak  pi lagi pon ada.

yang jadi urusetia dan fesi2 kem nie ex-maahad sendiri. tapi ada jugak yang bukan dari maahad. ada sorang kak tu dari sekolah menengah besa yang orang anggap sosial , dia jadi fesi. dia pakai tudung labuh lagi siap pakai purdah.subahanallah lebih baik dari budak skolah agama.  pesanan untuk pelajar sekolah agama : jangan kita menilai seseorang dari luar, tapi nilailah hatinya. walaupun dia dari sekolah biasa ,x semestinya dia sosial.kem nie wat kat "PENDANG LAKE RESORT"

kem nie best sangat. memang best dari kem2 yang lain. mungkin sebab ex-maahad sendiri yang jadi fesi. banyak pengalaman dan ilmu yang mira dapat untuk menjadi seorang pemimpin. dan perkara yang berada diluar jangkaan semua peserta kem ialah "BARANG AMANAH". sebelum nie barang amanah untuk apa2 aktiviti atau program ialah benda2 yang tak hidup seperti kapur ,  polesterin , daun  , tisu dan macam 2 lagi. tapi unyuk kem qiyadah ni ialah ANAK AYAM!!!


setiap kumpulan dapat seekor siap dengan dedak siap. kami kena bagi dia makan , minum dan kena buat rumah untuk dia dengan newspaper. memang mencabar. dengan status anak ayam kampung , memang lincah gila. berak sana, berak sini. mmmm. mira yang x pernah pegang ayam nie pon tiba 2 pegang macam anak ayam tu anak kucing ja. tapi di pertengahan program , kumpulan mira kena denda dengan  di tambah seekor lagi anak ayam. bertambah lagi satu amanah.

tapi diakhir program semua orang sedih sebab nak berpisah. kak2 fesi bagi taujihad kat kami semua. memang satu kenangan yang tak dapat dilupakan. mira harap nanti dapat jumpa depa lagi.ok lah sampai sini ja. adik dah melalak dah nie nak main game. ok .wassalam.

Friday, January 20, 2012

kelas sains

Alhamdulillah segala pujian kepada Allah S.A.W kerana telah menakdirkan dan memberiku 9A yang membolehkanku mengambil kelas sains. Alhamdulillah mira telah ditempatkan di kelas 4 Ar-Razi di aras bawah yang bersebelahan bilik guru berbanding rakan- rakan yang lain. Memandangkan tahun lepas ramai yang dapat 9A ,8A dan 7A , maka tahun nie kelas sains ada 5 kelas dengan purata 40 orang satu kelas . banyakkan . kelas mira lah yang paling banyak iaitu seramai 41 orang , 11 putera dan 30 puteri. kelas lain dalam 36 , 38 macamtu. keadaan kelas agak sesak tetapi kami semua dapat belajar dengan baik. kemasukan pelajar cawangan telah menyesakkan lagi kelas mira , dari 30 lebih jadi 41 orang. tapi tak apa kami dapat bergaul dengan baik malah cepat mesra dengan  depa .

 Tahun nie silibus ditukar dari BI ke BM. agak susah sikit bagi kami pelajar batch 96 untuk memahami pelajaran sebab dah 9 tahun belajar dalam BI untuk matapelajaran yang berkaitan sains dan matematik. pertukaran nie agak mengganggu kami untuk belajar sebab bila cikgu cakap dalam BM istilah sains ka tak pon matematik kami tak paham. satu kelas jadi blurrr. bila cikgu cakap dalm BI baru paham apa yang cikgu habaq .
Minggu first dah ada keja sekolah. itulah cabaran duduk kat kelas sains. cikgu2 bagi nasihat buat solat istikarah dulu dan alhamdulillah mira pilih kelas sains. seronok sangat belajar dekat kelas sains.

Bila ada cita seronok mesti ada ceta sedih . tahun nie geng mira 7PM ( 7 puteri maahad) berpecah. dulu sama2 dok asrama , sama2 p sekolah , lanie dak dah.  yang dok kat asrama 4 orang ja .2 pon 3 kat asrama dalam  sorang kat asdahana. 2 orang lagi dok rumah sewa sebab tak dapat asrama, sorang lagi . . . .  mmmm  , dah pindah. Hannan kawan kami dah pindah. walaupon masih tinggal 6 orang tapi kami selalu tak intoucj sebab duduk berlainan blok dekat sekolah. susah nak jumpa . kalau jumpa pon kat kantin tu pon kalu keluar rehat. selalunya tak keluar sebab kelas x habis lagi.

sampai sini saja entry mira untuk tahun inie. k.assalamualaikum





MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...