Tuesday, January 31, 2017

Entry 2017 - FSK ATTACK!


Alhamdulillah, syukur pada illahi atas segala nikmat yang diberikan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah tahun baru, wajah baru. Setelah hampir setengah tahun tanpa sebarang post, hari ini terasa rajin untuk tulis entry bagi tahun 2017.

Sudah hampir sebulan tahun baru berlalu, kini kita mengatur langkah hari demi hari ,mencipta kenangan seterusnya menggapai bintang . Aku, juga seperti orang lain, strugling untuk terus berdiri teguh mencipta kenangan dan menggapai bintang aku sendiri.

Aku,seperti kebanyakan pelajar universiti yang lain, mengalu- alukan kehadiran tahun baru dengan final exam. Ya, final exam. Kali ini (tahun 2, sem 1) subjek yang diambil , memang sangat mencabar bagi aku. Banyak subjek killer , jika dibandingkan dari sem lepas. Ditambah pula dengan gementar menghitung hari berlansungnya FSK ATTACK!, program yang aku sendiri jadi leadernya, buatkan aku tak senang duduk dan hampir-hampir tetunduk. Tapi alhamdulillah, berkat doa dan hasil bantuan dan sokongan semua,  aku berjaya hadapi fasa-fasa genting tu. Ingat lagi aku pada kata-kata seorang senior ni, yang aku pegang hingga hari ini dan buatkan aku ingat kembali tujuan aku join PMFSK.

"Tanggungjawab adalah amanah dari Allah, kita buat untuk manfaat dan kebaikan. Kita lunaskan amanah Allah, Allah jaga amanah kita"

Berbalik kepada entry 2017, aku pilih FSK ATTACK! sebagai entry kali ini. Mungkin sebab ini adalah salah satu bintang gemerlapan yang aku kira sangat berharga dan bermakna dalam journey aku menggapai bintang.

FSK ATTACK! adalah program yang berkonsepkan pengisian ilmiah yang bertujuan untuk mempromosikan bidang pengajian (11 bidang) dalam Fakulti Sains Kesihatan dan juga untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kehidupan di universiti yang diadakan pada 15 Januari yang lepas di Kolej Matrikulasi Selangor.

Program ini adalah program yang dirangka oleh Exco Pembangunan Mahasiswa & Intelektual, PMFSK1617 iaitu aku sendiri as Pengarah bersama partner kesayangan. Sejujurnya, ini adalah program pertama aku jadi Pengarah  dan tidak terlintas lansung dalam fikiran akan pegang jawatan sebesar ini.

perasmian FSK ATTACK!
Ramai yang tanya, macam mana boleh tercetus idea nak buat FSK ATTACK!?
Sebenarnya , idea ini tercentus dari subprogram ProBASIS 1.0 iaitu Hari Terbuka FSK.  ProBASIS 1.0 adalah program yang dinovasikan oleh Exco Pembangunan Mahasiswa & Intelektual, PMFSK1516 yang berfokuskan kepada gabungan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan bersama promotion FSK.
 Jadi, hasil perbincangan dengan partner , kami buat keputusan nak buat sedikit pembaharuan dengan mengasingkan kedua-dua elemen ini. Kami keluarkan elemen promotion FSK dari ProBASIS dan jadikan sebagai big event yang betul-betul fokuskan kepada promotion FSK, dengan itu lahirlah FSK ATTACK! Alhamdulillah.

it took a lot of tears & hardwork  to come this far
Sepanjang perjalanan program dari awal penubuhan organisasi sehinggalah sesi postmortem, banyak perkara dan pengalaman yang aku belajar dan rasa. Dari segi nak uruskan program, nak uruskan
anak-anak buah, berurusan dengan pihak luar dan sebagainya. Yang betul-betul terkesan  adalah aku belajar untuk mengenali dan memahami maksud PERCAYA atau TRUST. Aku belajar untuk percaya pada kebolehan diri sendiri dan aku juga belajar untuk percaya pada anak-anak buah aku. Being a person yang obses pada perfection, "percaya" adalah satu perkara amat susah aku bentuk dan handle. Aku tend untuk capai perfection sampai nak bina kepercayaan pada seseorang amat susah. Tapi, alhamdulillah aku dah mampu bina kepercayaan tu.

peserta FSK ATTACK!
Seorang pemimpin tidak akan berjaya atau mampu memegang tampuk kepimpinan tanpa anak-anak buahnya. Begitulah juga aku. Aku tidak akan mampu memikul amanah dan tanggungjawab ni dengan baik tanpa bantuan dan dorongan orang sekeliling terutamanya anak-anak buah aku. A big thanks to them. Tidak dilupakan juga kepada PMFSK1617 dan pihak pengurusan UKM dan KMS yang turut membantu dalam melancarkan perjalanan program ini. Alhamdulillah.

Sungguh FSK ATTACK! akan jadi kenangan dan pengalaman yang begitu bermakna dan akan kekal dalam ingatan aku selamanya.

Rasanya, setakat ini saja entry kali ni, semoga ada kekuatan dan kerajinan untuk next post. Dan semoga Allah permudahkan semua urusan harian kita. Insha Allah. Now, road to ProBASIS 2.0 (April 2017) yang akan dipimpin oleh partner aku sendiri, Intan Sofea.

Team kesayangan ^^
Tanpa diorang, aku bukanlah aku yang sekarang..


                                                                          ~wassalam~                                      


MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...