Sunday, September 21, 2014

keputusan UPS pelonjak semangat

pada 17 september lalu...keputusan UPS yng ditunggu-tunggu oleh  budak2 matrik telah pon keluar...alhamdulillah result aku ,telah selamat aku tengok dan observe....perasaan seronok dan sedih bercampur aduk....bila tengok keputusan tu....sengih bila tengok banyak yang elok tapi sengihan itu hilang bila tgk ada satu yang tak bagus lansung ..
alhamdulillah aku dapat:-
ENG/WB013 ---B
MATH /QS015---B+
COMP.SCI/ SC015---B
BIO/SB016---B-
CHEMIS/SK016---F
sunnguh aku sangat sedih sebab bleh dikatakan result aku ok...tapi ada satu yang mencarik-carik hati ni bila..dapat chemis F ...F?? FAILED?? serius aku mengaku time jawab exam chemis,aku blank dan tak bapa bersedia...mmg dah agak result akan teruk..tapi tak sangka sampai bleh mencapai F..serius sedih...kesian dekat lecture selama ni penat mengajar..aku bleh bagi F ja...Allah

awal2 dapat result tak tersa sgt tapi bila org mention "rugilah hg ...result yang len suma elok..tapi chemis hg tak elok....rugilah pointer" Allah waktu tu baru tersentap...serius balik tu terngiang-ngiang..klau ikutkan aku bleh capai pointer 3.0 ketas tapi sbb F tu...pointer just 2.0 sumting2...ya ALLAH ...apa yang aku dah buat sampai CHEMIS tu sorang2 pelik result dia...

waktu SPM pon sama...chemis la paling teruk(c)...tapi bila ada kat matrik lecture coach..buat aku rasa aku dah okey chemis ..bleh catch up apa tak paham time SPM...tapi kenapa jadi mcm ni...??
adakah sebab aku kurang study...lack preparation...?yup memang betoi...aku akui...

sungguh betol kata lecture UPS la pelonjak segala-galanya...lepas tersentap tu...aku berazam nak kuatkan usaha aku...supaya tak mustahil aku bleh dapat atleast A- chemis dlm PSPM....ya Allah aku mohon bantu aku...tak terlupa jugak subject lain...semoga aku berjaya mencapai at least pointer 3.8 untuk PSPM akan datang ni..which is berapa minggu lagi..
Ya Allah ,bagilah hatiku redha dgn ujian ini..kerana aku tahu..Engkau amat merindui rintihan aku meminta pertolonganMu...yang sekian lama pudar di bibirku dek kesibukan dunia...Ampunkan kehilafan dan segala dosaku serta dosa ibubapa,guru2,sahabat2ku dan semua umat islam ya ALLAH  .

semoga aku kuat untuk study..kuatkan tekad aku ya Allah...semoga pointer 3.8 keats menjadi milikku dan kawan2...Amin ya rabbal a;lamin

~wassalam~

Sunday, August 31, 2014

praktikum K1P17 / K1P18


di KMPP ni aku membina satu tali persahabatan yang baru....aku ditakdirkan berjumpa dgn diorang ni..sungguh gila2 dan banyak menceriakan hidup....suka sharing dan care antara satu sama lain....mereka lah ahli2 praktikum K1P17 dan K1P18..banyak kerenah ...hingga satu hari kalau tak buat orang gelak memang tak sah

kat sini depa gelarkan aku  KAK LONG ....pada awalnya aku kekok..tapi makin lama makin sebati dgn jiwa...pangggilan kak long tu bermula bila salah sorang ahli prak ni panggil aku kak yong disebabkan aku suka kutip duit...panggil punya panggil berjangkit dekat ahli yang lain....akhirnya dari KAK YONG bertukar jadi KAK LONG..

banyak masa di KMPP nie dihabiskan dengan menatap muka diorang ni..hinggakan aku rasa dah lama mengenali bdk2 ni..setiap perwatakan diorang dapat aku baca dan fahami...tapi kadang2 tersasar jugak...setiap dari mereka punya karekter tersendiri..ada ja yang selalu menceriakan suasana..
 ahli praktikum ni terdiri drpd 20 orang termasuk aku....inginku sebutkan satu persatu nama2 bdk2 ni...

HAZIQ-RAZIQ-ZUHAIR-ELEEZA-NASUHA-OGIEE-EJA-ALYA-HIDAYAT-NINI-
BELLA-FATIN-HASNI-PUTRI-DELL-MAI-JUE-NURIN -NAZIHAH

thanks guys sebab sudi layan aku yang kadang2 gila2 ni...terima kasih sebab menjadi ahli praktikum yang best...semoga persahabtan kita kekal sampai bila2

















Saturday, August 30, 2014

kehidupan sebagai pelajar matrik




selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..setelah lama menyepi akhirnya aku berkesempatan nak luangkan sedikit masa  untuk meluahkan rasa di sini ...sibuk sangat lepas bergelar pelajar matrik ni..memang tak sempat nak online...FB pon dah berabuk...

menjadi pelajar matrik ni banyak mengubah rutin hidup...hidup perlu rushing tak bleh nak santai2 sangat dah..klu nak santai2 pon hujung minggu....tapi apalah sangat ,santai2 pon  kna pegang buku jugak..

setelah hampir 3 bulan lebih hidup sebagai pelajar matrik ,aku sedar yang aku bukan lah pelajar yang lemah disebabkan result SPM yang tak bapa menyerlah,tapi mungkin bukan rezeki aku dkt SPM..banyak yang dipelajari di Matrik dan aku sedar Chemistry bukan lah susah mana....dulu waktu SPM memang risau tak cekang Chemis tapi sekarang aku tak berapa risau dah sebab lecture banyak membantu....

nak mulakan hidup sebagai pelajar matrik ni bukanlah senang... pada mulanya kena berhempas pulas utk orientasi...huuu memang penat...banyak yang dapat dipelajari dari fesi2....fesi ada yang sporting ada garang ....apapon dari orientasi tu larh aku kenal bdk2 yang gila2 ni...merekalah ahli praktikum K1P17 dan K1P18.

disini aku menjadi penolong praktikum bagi K1P18 dan secara rasminya aku adalah JAKTEE...JAKTEE adalah kelab untuk  ketua dan penolong praktikum....aku juga telah dilantik sebagai ahli ANC iaitu An-Nur Comitte yg merupakan penggerak utama aktiviti dakwah di KMPP....ini bermakna aku memegang 3 amanah yang berat....iaitu 2 amanah jawatan dan satu amanah sebagai pelajar...semoga aku dapat memikul amanah ini dengan baik...

semoga dipermudahkan segala urusan....dan semoga aku lebih rajin dan semoga Allah bantu kami pelajar matrik untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dlm PSPM nanti

~wassalam~


Sunday, May 18, 2014

gathering with ARRAZIAN be4 going to matric

bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan rahmatnya,dapat lagi kita membuka mata pagi tadi ^_^
ok sebelum aku ke matrik ,aku  nak story sikit tentang gathering dengan ARRAZIAN.
seperti yang dimaklumkan ARRAZIAN is my amazing classmate^_^,so bila nak nak berjauhan mesti la buat gatheringkan?nanti tak la kempunan nak jumpa...

ok .gathering ARRAZIAN telah selamat diadakan pada 9MEI 2014 yang lepas ,hasil kerjasama semua ARRAZIAN. semuanya berjalan dengan lancar just tak berapa meriah sebab my best buddies tak der (geng asrama) dan lack of preparation.whose the organizer?? budak muka kelat... sapa?? chekk la(dont no why they call me that). part yang paling sedih teacher AZURA(class teacher) tak dapat hadir.teacher ada buat sms speech suruh kitaorang belajar sungguh2.in shaa Allah teacher ^_^
aktiviti time gathering tu just makan2 dan ada sedikit cabutan bertuah.tapi yang penting semua orang have fun .tak habih2 snapping ja keja.(zaman selfie katakn).untuk cabutan bertuah ,dah nama organizer A GIRL ,so barang pon GIRLY la.( sori ^_^) .dan last aktiviti gathering hari tu snap gambar kat depan restoran^_^
apapon memang best sangat walaupun macam2 berlaku.just want to thank to all my buddies for helping me ^_^.memory dengan ARRAZIAN memang tak leh luput dari ingatan.






 



SEMOGA PERSAHATAN INI KEKAL HINGGA KE JANNAH.in shaa Allah

~wassalam~

Saturday, May 17, 2014

kolej matrikulasi pulau pinang

bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk memperbaiki diri menjadi hambanya yang bertaqwa.
seperti mana yang kita tahu keputusan UPU ,matrikulasi dan sebagainya sudah keluar,jadi mesti ramai  lepasan SPM yang tertanya-tanya dengan keadaan bakal tempat pengajian yang seterusnya.mesti ramai yang "search" pasal universiti atau matrikulasi yang bakal dijejaki.
aku juga seperti lepasan SPM yang lain, asyik "search " ja pasal tempat pengajian  yang bakal aku jejaki minggu depan (26/5/14).aku adalah bakal penuntut KMPP atau KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG. setelah banyak "search" pasal KMPP ,aku nak berkongsi sedikit berkaitan tempat yang bakal  dijejaki dan mungkin pembaca juga akan jejaki.
memandangkan aku adalah BAKAL penuntut ,maka aku hanya berkongsi tentang apa yang aku tahu sahajalah ,mungkin nanti apabila dah rasmi sebagai penuntut KMPP aku akan ceritakan lebih detail.menurut senior-senior KMPP memeng best sangat .tak tahu la kalau tak best.^_^
buat pengetahuan semua ,KMPP memang satu institusi pengajian yang sangat luas.jarak dari kelas kuliah dengan asrama memang jauh....

asrama di KMPP di panggil KOMPEL, dimana ada 3 kompel iaitu 1 kompel untut penuntut lelaki dan 2 kompel untuk penuntut perempuan.setiap kompel mempunyai beberapa blok
di KMPP ,pelajar perlu menghadiri KULIAH,TOTURIAL dan AMALI. KULIAH ni ialah sesi kelas teori.kita just duduk macam dalam kelas,dengar dan ambil perhatian apa yang lecture cakap.Jangan lupa ambil note yang lecture bagi(senior pesan). TOTURIAL pulak ialah kelas latihan atau kelas pengujian  untuk pemahaman teori masa kuliah.waktu nie lah kita kena buat latihan dan soalan toturial yang lecture bagi. AMALI pulak ialah kelas untuk buat eksperimen.waktu nie la kita kena pakai lab coat (akan diberi ) .jadi doktor kejap la kita ^_^
korang mesti nak tahukan pasal PAKAIAN. tak perlu risau nak beli baju baru,just  be simple.untuk penuntut lelaki just perlu pakai kemeja ,neck tie dan seluar slack dan penuntut perempuan pulak baju kurung. pasal tudung ikut suka la nak pakai macam mana pon ,nak buat butterfly ka,lilit-lilit ka.ikot suka tapi senior cakap just be simple .satu benda penting "JEANS ARE NOT ALLOWED" 
untuk kasut pulak mesti kasut bertutup tapi tak semestinya kasut kulit (senior yang cakap) dan seeloknya berwarna gelap contoh hitam ,kelabu ,coklat....
nanti dekat KMPP kita akan dapat baju kolej so bila ada apa2 yang meemrlukan kita pakai baju kolej,WAJIBlah kita pakai ^_^

semua penuntut seperti yang kita tahu, mesti tinggal di asrama,so mesti ada yang terfikir boleh bawak BARANG ELEKTRIK???.menurut senior2 barang elektronik boleh bawak.contohnya ....iron,heater,pembakar roti,kipas(sbb panas) ,charger dan extension(satu keperluan) dan dll bergantung la jugak...jangan bawak TV sudah lerr

yang lepasan sekolah agama mesti tertanya-tanya tentang BIA'H SOLEHAH kan? in shaa Allah KMPP masih ada sinar bia'h solehah tu dan memang banyak tazkiroh ,ceramah dan pengajian diadakan.setiap sekolah mesti ada BADAR kan? di KMPP pon ada just tak panggil BADAR la. di KMPP dipanggil ANC iaitu An-nur Comitte. so jangan risauu ^_^
ok setakat nie jalah perkongsiannya .lain hari kalau diberi kesempatan akan ku sambung cerita pasal KMPP.by the way untuk BAKAL MATRICIAN !! 
hari pendaftaran pakai comel2 hensome2sebab nanti kita akan take picture!!^_^ untuk kad matrik...
so be cute!!
dan  bawa semua dokumen yang perlu dibawa. yang paling penting datang awal. tak lah kelang-kabut.betul....
#untuk BAKAL PENUNTUT KMPP 14/15 kita jumpa 26 Mei niee.harap boleh berkawan ^_^
~wassalam~

Monday, January 6, 2014

Entry 2014 Throwback 2013


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana sehingga kini kita masih diberi peluang untuk menetap di bumi Allah ini.
Ya tahun baru , semangat baru dan design blog pon baru.Selamat  tahun baru untuk semua. Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas.
Post kali ini hanyalah sebagai entry untuk tahun ni. Alhamdulillah setelah hampir dua tahun bertungkus lumus akhirnya SPM berlalu jua. Alhamdulillah sepanjang minggu exam ,Allah permudahkan segala urusan dan semoga result SPM  akan gempak.Doakan kejayaan aku dan sahabat sahabat. SPM 11A+



Alhamdulillah sepanjang tahun 2013 yang lepas banyak sangat kenangan pahit manis yang telah dilalui bersama sahabat-sahabat di sekolah, sahabat sekolah rendah  dan keluarga.
Banyak pengajaran dan mutiara dapat dikutip di sepanjang pengembaraan tersebut.

Sudah lima tahun ,mira hidup dalam suasana berjemaah iaitu kehidupan di asrama . Kehidupan di asrama banyak membentuk jati diri dan sahsiah aku. Banyak pengalaman yang dipelajari dan banyak kenangan bersama 32 sahabat FORM 5 ASPUTRI disebalik setiap peristiwa yang berlaku.Di sinilah aku belajar tentang persahabatan,kepercayaan perkongsian dan tanggungjawab.Sesungguhnya kehidupan sebagai senior form 5 banyak membuka mata dan minda aku untuk lebih berusaha dan percaya pada janji dan kuasa yang maha Esa.

Di sekolah , aku mempunyai sahabat seperjuangan yang banyak kerenah. Merekalah AR RAZIAN.
Ar Razian sentiasa bersama dan kami diwakili oleh 11 orang pelajar putera dan 24 pelajar puteri. Masing-masing mempunyai watak dan karakter tersendiri. Setiap hari , pasti tidak kering gusi melihat teletah mereka. Sesungguhnya Ar Razian banyak mengajarku erti persahabatan yang erat.Walaupun tempoh perkenalan tidak sampai dua tahun ,aku rasa sudah mengenali mereka bertahun lamanya.Guru-guru maahad juga telah banyak membantu dalam pelajaran dan membentuk sahsiah aku dan sahabat sahabat.

Sesungguhnya , tahun 2013 merupakan tahun yang paling bermakna dan akan dikenang sampai akhir hayatku
AR RAZIAN
FORM 5 ASPUTRI

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...