Monday, August 13, 2018

Posting Psikiatrik di HUSM


Untuk kali ini, aku akan ceritakan mengenai Latihan Klinikal III aku, yang berfokus kepada bidang Psikiatrik. Untuk clinical posting kali ni, aku memilih Hospital Universiti Sains Malaysia  (HUSM) yang jauh di timur sana sebagai tempat posting aku untuk tahun 3 semester 1. 

Me, Fiqah, Clara, Suzen
Untuk journey kali ini, aku berkampung di Kelantan selama 5 minggu bersama partners yang lain, Fiqah , Clara dan Suzen. Dalam masa yang sama, 2 minggu terakhir tu, juniors 2nd year Shud,Wan, Amin dan Nik pun posting di HUSM tapi di bahagian Ortopedik dan Surgeri la. Jadi, di sana kami buat geng la , jalan-jalan pusing Kelantan alang-alang ada tour guide , si Nik tu masa hari last di sana.

Jadi journey kami start pada 11 November 2017 dari KLIA fly to Kota Bharu. Then, ambil kereta sewa untuk ke USM Kubang Kerian. Di sana , kami stay di asrama untuk pelajar master( blok apa tah dah lupa) , jadi heaven la, macam duduk apartment, siap ada aircond lagi. Kami fly ke Kelantan tu hari Sabtu, kemudian esok tu Ahad dan Isnin cuti di Kelantan, jadi kami ambil peluang keluar jalan-jalan. Seronok jalan pusing-pusing tempat orang, sempat la jugak menjenguk ke Pantai Cahaya Bulan sebelum start posting di Department OT HUSM . Jadi kami officially start posting di HUSM pada 14 November 2017, walhal classmate lain di hospital lain dah lama start.

We at Pantai Cahaya Bulan
Jadi, back to cerita posting. Psikiatrik?? Memang tak pernah terbayang dalam minda even mimpi , nak berkecimpung dalam bidang ni. Stigma masyarakat,  dengar psikiatrik je mesti  "orang gila". Yes aku pun dulu ada stigma begitu, tapi setelaj jadi student OT dan belajar berkenaan psikiatrik ni masa tahun 3 ni, aku lebih faham berkenaan bidang ini. Seriusly to say, setakat ni, bidang yang betul-betul aku minat selain Paediatrik adalah Psikiatrik. Yes, tak boleh disangkalkan, awal-awal tu even dah belajar pun, perasaan takut nak posting dalam bidang ni still ada. Memang kecut perut, bila dapat tahu 2 minggu pertama aku perlu berada di wad psikiatrik dan buat treatment di situ. What?? Terkurung dengan diorang?? Seriusly?? Masa tu memang kelat habis la, yes memang at that that time stigma toward psikiatrik patient tu still ada. So,aku try hard la jugak a few days awal tu, tapi lama-lama aku dah biasa. Dengan bantuan terapis yang begitu supportive, En Fadzli dan Pn Idayu , aku dah mula suka kerja di wad tu, sampaikan wad tu kira second house aku di sana. Suka sangat!

Sebenarnya, patient yang ada masalah psikiatrik ni sama ja macam orang lain. Lakukan rutin sama ja macam orang lain, still function je macam orang lain. Tapi stigma masyarakat selalu pandang serong kat diorang. Pesakit psikiatrik ni ok je, baik je sama macam orang lain boleh kekal berfungsi macam biasa, and to be that diorang kena selalu take medication la. Lepas dah dapat ubat tu, alhamdulillah diorang boleh function well. Kita siap boleh bersembang dan berborak lagi dengan diorang. Tapi still need untuk berjaga-jaga juga, terutamanya bila dalam wad. Kalau kita masuk wad psikiatrik, kita perlu selalu watch our back. Sebab apa? Sebab manalah nak tahu, ada patient datang dari belakang nak cederakan kita ke kan? Lagipun, not all patient dalam ward tu stable, ada yang baru masuk wad tu memang kita akan tengok ciri-ciri psychosis tu masih ada. Tapi bila diorang dah stable, they can be our friend okay! 

pemandangan dari wad psikiatrik
Jadi, 2 minggu pertama aku di sana bersama Clara habiskan masa di wad and  at that time, Fiqah dan Suzen  di tempatkan di Mentari, HUSM yang fokus kepada treatment kepada out patient. Di wad kami buat treatment yang some sort of buat aktiviti untuk enhance diorang punya thinking, confidence dan nak bagi diorang sentiasa sibuk , so that dapat kurangkan masa diorang bersendirian. For your information,untuk pesakit psikiatrik yang belum stabil sepenuhnya, amatlah digalakkan untuk buat aktiviti kat diorang bagi mengelakkan diorang bersendirian yang mungkin akan buatkan diorang develop symptoms psychosis balik. Jadi di ward, setiap pagi aku dan Clara akan conduct senamrobik untuk enhance patient stretch their body pagi-pagi . Kemudian kami sambung dengan aktiviti sesi pagi. Masa ni kami akan buat aktiviti psychoeducation atau lebih senang , aktivti yang menggalakkan diorang berfikir contohnya selesaikan simple silang kata, bercerita mengenai diri sendiri atau objek dan sebagainya . Actually, some of psychiatric patient ni, bila dah lama sakit, diorang punya thinking dan problem solving skills akan jadi a little bit slow dari sebelumnya, jadi aktiviti yang menggalakkan diorang berfikir sangat membantu.  As student OT, perkara yang aku belajar di sini adalah to be creative. ye lah, just dengan hanya one piece of paper kau dah boleh buat aktiviti yang makan masa selama satu jam. Contohnya, aktiviti silang kata, kau boleh elaborate each of the questions tu one by one, dengan bertanya soalan dan encourage patient berikan pendapat masing-masing. By that, patient will be encouraged to push their brain to function and think. Seriously these was the first time aku belajar skill macam ni. Masa tu rasa macam perform sangat! Alhamdulillah. Then, petang pun ada session jugak, tapi sesi petang lebih santai, which kami akan main board game dengan patient, ataupun buat arts. Part paling best ialah setiap petang rabu, akan ada sesi karaoke, jadi masa ni pesakit akan enjoy their selves menyanyi, sampai aku sendiri pun kena paksa nyanyi. And for your information, di sini kami dipanggil "cikgu" hehe.

Selalu kita dengar, "eleh orang yang sakit gila ni selalunya orang yang tak sembahyang yang tak ingat tuhan!" Eh A BIG NO OKAY! Baik-baik sikit eh mulut tu. For your information, mental disorders atau masalah psikiatrik ni tak kira siapa ye, kalau nak jadi tu jadi je. Tak kisah la dia ni ustaz ke, cikgu ke, kalau dia nak jadi tu jadi juga ok. Sometimes, disorder ni datang dari environmental distress, and sometimes ada dalam genetik family tu sendiri.  Ada juga artikel cakap sebab brain development terganggu dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan disorder ni berlaku, boleh google dan baca sendiri. Pointnya disini, anyone have risk to get Psychiatric Disorders.

Dan kena ingat Psychiatric Disorder ni bukan hanya "gila" yang masyarakat faham tu, sebenarnya ianya sangat luas. Boleh rujuk gambar disebelah ni. Korang boleh google one by one, disorders ni sebab kalau nak cerita dekat sini panjang, but aku just nak tekankan satu disorder ni iaitu deprssion. Depression adalah salah satu disorder yang boleh dikategorikan di bawah Mood Disorders. Apa yang aku perasan, isu depression ni mula diambil berat oleh masyarakat sejak kes penyanyi korea Jong Hyung , SHINee passed away disebabkan depression. Jadi, please kalau anda sedih ke apa, ceritalah pada orang lain jangan pendam sorang-sorang and please peratilah keluarga kita, kawan-kawan kita. Tanyalah khabar diorang. Ambil tahu pasal diorang dan jika perlu rujuk kepada pakar sebab DEPRESSION IS REAL. Yes its true, sebab aku pernah jumpa dengan patient yang ada Major Depressive Disorder. Sepanjang aku di sana, aku lihat betapa teruknya kesan depresi tu kepada pesakit tu, kurus kering, tak nak makan and even tingkah laku dia macam separa sedar. Kita cakap dengan dia pun takde respond, no reaction sometimes nampak dia macam blank, no eye contact. Serius!

Home visit to patient house
Pengalaman paling tak boleh dilupakan sepanjang posting di wad adalah bila patient mengamuk masa buat treatment. Ya Allah masih ingat lagi, situasi cemas tu. That day, tengah buat aktiviti, then datang la sorang patient yang tak berapa nak stabil lagi nak join, aku pun benarkan lah dia, daripada dia bersendirian. Jadi sepanjang aktiviti tu, patient tu kira agak mengganggu sesi tu, sebab nak suruh tutup kipas, but aku dan clara buat taktahu je dan tarik minat or perhatian dia kepada aktiviti sebab kadang-kadang patient psychiatric ni boleh jadi  sedikit manipulatif. Jadi, sebab kitaorang ingat dia dah ok, kitaorng pun sambung la aktiviti, tiba-tiba patient tu mengamuk, panjat meja and apa yang buatkan cemas tu adalah, betul-betul atas kepala dia tu ada kipas. Ya Allah masa tu, aku menjerit-jerit la panggil nurse dan pelan-pelan pujuk dia turun. Nasib baik nurse tangkas, ramai-ramai nurse datang, tutup kipas, tarik dia turun dari meja tu. Ya Allah kecut perut aku masa tu. Ingat lagi sampai sekarang incident tu. After that incident, aku jadi lebih berhati-hati dengan mood patient.

Roti boy
Lepas tu, 2 minggu seterusnya, aku di tempatkan di Mentari HUSM, di mana out patient datang untuk buat treatment. Di Mentari, aktiviti yang dilakukan, banyak berfokuskan kepada aktiviti vokasional atau latihan kerja. Di sini, pesakit akan membuat kraf tangan dan barangan,  membuat kek, roti , biskut dan sebagainya serta mereka juga akan membuat aktiviti jualan setelah siap aktivti pastri. Selain itu, aktiviti yang melibatkan kognitif dan kemahiran sosial juga dititikberatkan di Mentari. Sepanjang di Mentari, selain belajar untuk treat patient, aku juga belajar untuk membuat kek, biskut dan juga membuat kraf tangan. Di sini, aku cuba ajar pesakit, dan pesakit juga ada ajar aku. kira give and take antara "therapist" juga patient. Pesakit out patient, sudah stabil keadaannya, akan datang setiap hari ke Mentari  dan aku sempat bersama mereka, mendengar luahan dan kisah diorang . Pesakit psikiatrik ini adalah manusia biasa sama seperti kita, cuma mereka diuji dengan penyakit itu sahaja. Mereka perlukan sokongan dan moral support dari orang lain untuk terus bangkit mengatur hidup. Sedih kadang-kadang dengar luahan diorang, selalu dicemuh dengan perkataan orang gila, tak siuman dan sebagainya. Macam mana diorang ni nak terus kuat, nak jalani hidup sepeti biasa, kalau ada lagi manusia yang berfikiran cetek seperti ini? Cuba fikirkan?

Congo bar in making

Mini Hokaido Cake in making


cookies in making



Sepanjang 5 minggu kami di psikiatrik HUSM, kami telah diberi tugasan oleh Pakar Psikiatrik HUSM untuk membuat satu projek yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada pesakit psikiatrik. Projek itu mestilah berfokuskan kepada fungsi kognitif pesakit. Setelah kami berbincang dengan terapis, kami bersetuju untuk mencipta set memory game untuk menggalakkan kekuatan memori pesakit. Kami mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan projek tersebut. Setelah siap, set memory game itu dibentang dan diterima baik oleh pakar. Beliau amat berpuas hati dan menyarankan supaya set itu diletakkan di Mentari HUSM untuk kegunaan pesakit. Alhamdulillah a'la kulli hal.

Our Project
Bowling dengan Pn Idayu
Kemudian, pada minggu terakhir, kami dapat merasa event outing bersama out patient. Keluar main bowling dengan patient ramai-ramai. Alhamdulillah, ada staf cakap dah lama tak buat aktivti luar macam ni, tapi sebab ada kami, terapis dan staf cuba menjayakan jugak. Ya Allah. Thank you terapis dan staf2 di Mentari HUSM! Terharu sangat. Minggu terakhir juga adalah minggu yang mendebarkan bagi kami, sebab ada VIVA posting! Ni adalah VIVA kami yang pertama, sebelum ini just, case presenatation, but this time up sikit, ada VIVA. Jadi disebabkan, first time, gelabah dia lain macam, nak pulak aku ni dapat patient yang belum stable. Dengan nak tarik perhatian dia lagi, dengan nak kena bacakan pada dia assessement lagi(patient tak pandai baca), dengan nak buat history taking lagi and last nak buat treatment lagi yang semua ni hanya dalam 40 minit! Ya Allah. Ketaq tu tak tahu la nak explain macam mana. Lepas 40 minit tu, akan ada sesi soal jawap dengan terapis juga pensyarah. Masa tu terapis (Pn Idayu) dan pensyarah (Dr Hanif) yang incharge. Takut aku tengok muka Pn dan Dr berkerut-kerut masa aku present case tu..huuu. Alhamdulillah secara keseluruhan, baik-baik sahaja, masih banyak yang perlu dipertingkatkan.

Muka baru habis VIVA!
Di HUSM ni, selain dapat jumpa terapis dan staf OT yang sporting, patient yang pelbagai ragam, aku dapat buat kawan baru di sini. Dapat berkenalan dengan student nursing USM, student OT UiTM juga student Fisioterapi Unisza. Selain tu, dapat jumpa long lost friend (lost sangat), mek Dayah Taupek dan juga Ummirah student Audiologi USM  (should be junior OT UKM, but tak jadi). Hari last di HUSM, sangat sedih bagi kami semua. Semua taknak berpisah dengan terapis dan staf di sini. Mungkin sebab, inilah kali pertama aku rasa enjoy dengan apa yang aku buat dan enjoy masa posting. Terima kasih terapis dan staf OT HUSM yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua.

student OT Uitm

Student nursing USM

Student Fisioterapi Unisza

Dengan Ummirah
bersama staf dan terapis 
bersama Pn Rohayu dan Pn Idayu

bersama Kak Sal

Sebelum masing-masing balik ke KL untuk study week dan final exam, kami bersama junior, konvoi pergi jalan-jalan sekitar Kelantan. Alang-alang Nik, orang Kelantan jadi minta dia bawak kami jalan-jalan. Alhamdulillah, satu pengalaman yang baru buat kami semua.

Last day posting di HUSM, with junior




1 comment:

Lily said...

After analyzing your article you have to recognize what I surely have written here dr. ryan shephard . This one is being written after you have a proposal from you.

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...