Friday, June 23, 2017

Appreciation Post for PMFSK2016/2017


Alhamdulillah. Syukur. Hampir sebulan berlalu sejak penurunan mandat kepimpinan PMFSK1617 pada 23 Mei yang lepas. Kali ini aku merajinkan diri untuk buat appreciation post untuk keluarga aku yang satu ni. Walaupun dah pernah buat short appreciation sebelum ni, kali ni aku nak buat lagi, yang lebih special.

The Day!
Kisah kami secara rasminya bermula dari satu tarikh keramat 30 Mei 2016, iaitu pada Mesyuarat Agong PMFSK sesi 2015/2016. Di situlah kami secara rasminya diperkenalkan kepada semua warga Fakulti Sains Kesihatan. Perasaan teruja , nervous , takut becampur baur masa ni. Dengan tak kenal diorang semua ni, just a few je yang kenal tapi tak rapat mana pun, buatkan aku tertanya-tanya boleh ke aku kerja dengan diorang ni?


Tapi, sebelum pertemuan tu, macam biasa, setiap calon mesti harungi sesi interview dengan barisan PMFSK yang terdahulu. Sukar nak digambarkan, bila tangan kaki kau seram sejuk, sebab kena perati dengan banyak mata-mata orang yang hebat dalam bilik interview tu, selain competitors kau yang hebat-hebat belaka, memamg tegang gila aku rasa masa tu. Sedangkan soalan dan sambutan pihak PMFSK terdahulu tu sangat straight to the point dan mesra seperti memanggil- manggil kau sertai family diorang. Pada malam tu, aku membuat janji yang aku pun tak pasti aku mampu tunaikan ke tak. Tapi alhamdulillah, dapat aku tepati hasil bantuan family PMFSK 1617 dan anak-anak buah aku melalui FSK Attack!. Syukur.


gambar ni paling cantik, cameraman takde, kita tambah tepi tu
Macam aku cakap tadi, boleh ke aku kerja dengan diorang? Agak-agaknya? Of course la awkward. Hahaha. tapi pada awalnya la. Lama-lama rasa sayang tu hadir, masing-masing dah boleh masuk, menggila ramai-ramai. Tapi aku ingat lagi, malam tu, malam pertemuan kami selepas AGM. Malam yang penuh rasa resah dan tanda tanya bagi aku. Malam 18 Jun 2016, malam pertama kami duduk satu bulatan, cuba mengenali masing-masing. Aku of course la awkward. Berkepit ja dengan si Aini , Doris dan Najhan sebab yang tu ja aku rapat and kenal. Mula dari berkenalan hingga lah  kesesi makan-makan dan main game " Saya Durian Awak" (agaknya la, lupa dah nama game tu). Alhamdulillah, malam tu aku cuba buang sikit-sikit, sebab aku tahu nanti muka-muka ni jugak aku nak depends pun.

Maka, start malam itu, kami semua dah start berhubung dan berbincang untuk perancangan sesi 2016/2017. Dari whatsapp, sesi pengambaran hinggalah one day session untuk perbincangan perancangan setiap exco bagi sesi hadapan tu. Start that one day session tu, aku dah boleh rapat-rapat dengan semua, dapat share tanggungjawab dan bebanan bersama. That day siap keluar makan ramai-
ramai lagi selepas sesi pembentangan tu. Alhamdulillah.

Oh lupa nak bagitahu, dalam family ni, aku dilantik sebagai Exco Pembangunan Mahasiswa yang berdapingan dengan si comel Intan Sofea, partner sepanjang sesi 2017/2018. Jadi fokus atau peranan kami sebagai Exco Pembangunan Mahasiswa ini, adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan juga pembangunan diri mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan.


Program pertama kami sebagai PMFSK 1617 adalah "This is FSK" yang bertujuan untuk perkenalkan course-course FSK dan juga barisan-barisan pimpinan FSK terdiri daripada MPP FSK dan juga kami PMFSK1617. Pada haritu, kami menjemput setiap YDP kelab course untuk ceritakan serba sedikit berkaitan course masing-masing. Kemudian, selepas perkenalkan MPP FSK, Kak Aifa (my senior OT), tibalah masa untuk kami semua beraksi. Masa ni tak tahu lah nak kata, betapa nervousnya aku, nak bercakap depan ratusan pelajar. Ya Allah. Last bercakap depan orang ramai ni, masa pitching 1st year dulu tu, yang tetiba jammed otak sebab ter "eye contact" dengan Dekan.. Aduhh. So, that day , I try my best and yeay I did it ,we all did it!

Okay, enough la cerita satu-satu, kalau nak cerita every program yang kitaorang anjurkan, memang tak habis-habis la. So back to my focus, appreciation post untuk diorang semua. So, first of all , terima kasih kepada semua sebab bersama-sama mira sepanjang 1 tahun kita memegang tampuk kepimpinan. Yang sanggup susah senang, jatuh bangun bersama untuk berikan yang terbaik kepada semua, yang mengajar kepada aku erti sebenar berpersatuan dan berukhuwah, yang mengajar aku untuk ikhlaskan hati aku, setiap kali buat program atau apa-apa sahaja. Yang bantu aku jadi siapa aku sekarang, yang bantu aku tunaikan janji aku sebagai Exco Pembangunan Mahasiswa PMFSK 1617. Yang banyak beri sokongan dan nasihat kepada aku , untuk aku teruskan perjuangan. Aku sayang korang semua, sungguh korang ada dalam lipatan memori aku sehingga kini, dan inshaAllah kekal selamanya. Korang adalah antara titik permulaan , perubahan aku kepada aku yang sekarang. Terima kasih semua. Jadi, terjawap persoalan aku, boleh ke aku kerja dengan diorang ni? Jawapannya, yes boleh, sukses, dan makin dirindui. alhamdulillah. Jadi, kini aku persembahkan satu-satu wajah kesayangan aku dari family PMFSK 1617.

YDP terbaik aku pernah jumpa. Legend sepanjang zaman.  Always tenang bila ada apa-apa.
Terima kasih Siddeq.

TYDP 2. Ni legend jugak, First time attach masa Probasis 1.0.
 Banyak bantu aku .Terima kasih Haziq.

Kak Laili  as TYDP 1. Dia ni kira idola aku la. Banyak membantu,
banyak bagi nasihat and sokongan. Terima kasih Kak Laili.

Setiusaha. Ni la wajah-wajah yang selalu bantu urusan surat menyurat.
urusan pentadbiran. Yang selalu busy tapi havoc kot. Terima kasih Kak Syu dan Tirah.

Bendahari. Yang ni geng-geng kaya, duit belambak. haha. Senang je nak berurusan dengan diorang ni.
Nak minta duit untuk program, senang je prosesnya. Nak minta nasihatpun boleh. Terima kasih Zaty dan Doris. 

Exco Akademik dan Intelektual.
Geng ni sentiasa perform, bab-bab akademik biaq diorang yang settle. Seorang jenis lantang bercakap, sorang lagi, suka buat lawak, tapi time dia kerja dia serius. Daebakk!!. Terima kasih guys, Eamie dan Zaim.

Exco Kebajikan dan Khidmat Sosial
Dayah dan Aini. Both sangat kerja keras dalam kerja diorang. Busy memanjang. uruskan kebajikan mahasiswa.
Respect u girls!! Diorang lah "pengasas" Dynamic Peers, yang aku pun kadang-kadang ambik khidmat diorang, unofficialy untuk kurangkan stress dan masalah aku. Terima kasih girls.

Exco Multimedia dan Publisiti
Tak ada geng ni, tak ada la DP profile dan post-post PMFSK yang gempak. Ni la wajah-wajah disebalik setiap keping gambar yang cantik. Both, orang yang disenangi dan boleh masuk. Terima kasih korang , Najhan dan Syahmi!

Exco Sukan dan Rekreasi.
Ni geng-geng sukan ni. Diorang ni la yang uruskan hal-hal sukan FSK dan diorang ni jugaklah antara yang bagi semangat  kat aku untuk teruskan perjungan di sesi seterusnya. Terima kasih girls, Anisah dan Aida.

Exco Kerohanian dan Sivik
Najib dan Syahirah, sorang tu sampai sekarang aku segan nak tegur yang sorang tu memang tak segan la, siap boleh gila-gila lagi. Diorang ni senang nak bawak bincang dan mintak tolong dan diorang ni la yang uruskan hal-hal kerohanian di fakulti. Caya lahh korang. Terima kasih!

Exco Keusahawanan
Nisa dan Adilah, kedua-duanya orang hebat. Bab-bab berniaga nak cari duir serahkan pada diorang. Kalau tengok muka diorang ni , mesti ingat bazar karat kau. Diorang ni pun selalu bantu aku jugak. Terima kasih korang!

Exco Pembangunan Mahasiswa
Maaf la muka awkward dekat situ. Jadi yang tepi tu partner aku, banyak membantu, senang bawak bincang dan paling teror bab nak cari dana untuk program, Serahkan kat dia. Perform!! Terima kasih Intan!

Sehingga sini sahajalah appreciation post ni. Aku harap ukhuwah ini berkekealan sampai bila-bila. 
"Things end, but memories last forever"



MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...