Sunday, May 18, 2014

gathering with ARRAZIAN be4 going to matric

bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan rahmatnya,dapat lagi kita membuka mata pagi tadi ^_^
ok sebelum aku ke matrik ,aku  nak story sikit tentang gathering dengan ARRAZIAN.
seperti yang dimaklumkan ARRAZIAN is my amazing classmate^_^,so bila nak nak berjauhan mesti la buat gatheringkan?nanti tak la kempunan nak jumpa...

ok .gathering ARRAZIAN telah selamat diadakan pada 9MEI 2014 yang lepas ,hasil kerjasama semua ARRAZIAN. semuanya berjalan dengan lancar just tak berapa meriah sebab my best buddies tak der (geng asrama) dan lack of preparation.whose the organizer?? budak muka kelat... sapa?? chekk la(dont no why they call me that). part yang paling sedih teacher AZURA(class teacher) tak dapat hadir.teacher ada buat sms speech suruh kitaorang belajar sungguh2.in shaa Allah teacher ^_^
aktiviti time gathering tu just makan2 dan ada sedikit cabutan bertuah.tapi yang penting semua orang have fun .tak habih2 snapping ja keja.(zaman selfie katakn).untuk cabutan bertuah ,dah nama organizer A GIRL ,so barang pon GIRLY la.( sori ^_^) .dan last aktiviti gathering hari tu snap gambar kat depan restoran^_^
apapon memang best sangat walaupun macam2 berlaku.just want to thank to all my buddies for helping me ^_^.memory dengan ARRAZIAN memang tak leh luput dari ingatan.






 



SEMOGA PERSAHATAN INI KEKAL HINGGA KE JANNAH.in shaa Allah

~wassalam~

Saturday, May 17, 2014

kolej matrikulasi pulau pinang

bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk memperbaiki diri menjadi hambanya yang bertaqwa.
seperti mana yang kita tahu keputusan UPU ,matrikulasi dan sebagainya sudah keluar,jadi mesti ramai  lepasan SPM yang tertanya-tanya dengan keadaan bakal tempat pengajian yang seterusnya.mesti ramai yang "search" pasal universiti atau matrikulasi yang bakal dijejaki.
aku juga seperti lepasan SPM yang lain, asyik "search " ja pasal tempat pengajian  yang bakal aku jejaki minggu depan (26/5/14).aku adalah bakal penuntut KMPP atau KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG. setelah banyak "search" pasal KMPP ,aku nak berkongsi sedikit berkaitan tempat yang bakal  dijejaki dan mungkin pembaca juga akan jejaki.
memandangkan aku adalah BAKAL penuntut ,maka aku hanya berkongsi tentang apa yang aku tahu sahajalah ,mungkin nanti apabila dah rasmi sebagai penuntut KMPP aku akan ceritakan lebih detail.menurut senior-senior KMPP memeng best sangat .tak tahu la kalau tak best.^_^
buat pengetahuan semua ,KMPP memang satu institusi pengajian yang sangat luas.jarak dari kelas kuliah dengan asrama memang jauh....

asrama di KMPP di panggil KOMPEL, dimana ada 3 kompel iaitu 1 kompel untut penuntut lelaki dan 2 kompel untuk penuntut perempuan.setiap kompel mempunyai beberapa blok
di KMPP ,pelajar perlu menghadiri KULIAH,TOTURIAL dan AMALI. KULIAH ni ialah sesi kelas teori.kita just duduk macam dalam kelas,dengar dan ambil perhatian apa yang lecture cakap.Jangan lupa ambil note yang lecture bagi(senior pesan). TOTURIAL pulak ialah kelas latihan atau kelas pengujian  untuk pemahaman teori masa kuliah.waktu nie lah kita kena buat latihan dan soalan toturial yang lecture bagi. AMALI pulak ialah kelas untuk buat eksperimen.waktu nie la kita kena pakai lab coat (akan diberi ) .jadi doktor kejap la kita ^_^
korang mesti nak tahukan pasal PAKAIAN. tak perlu risau nak beli baju baru,just  be simple.untuk penuntut lelaki just perlu pakai kemeja ,neck tie dan seluar slack dan penuntut perempuan pulak baju kurung. pasal tudung ikut suka la nak pakai macam mana pon ,nak buat butterfly ka,lilit-lilit ka.ikot suka tapi senior cakap just be simple .satu benda penting "JEANS ARE NOT ALLOWED" 
untuk kasut pulak mesti kasut bertutup tapi tak semestinya kasut kulit (senior yang cakap) dan seeloknya berwarna gelap contoh hitam ,kelabu ,coklat....
nanti dekat KMPP kita akan dapat baju kolej so bila ada apa2 yang meemrlukan kita pakai baju kolej,WAJIBlah kita pakai ^_^

semua penuntut seperti yang kita tahu, mesti tinggal di asrama,so mesti ada yang terfikir boleh bawak BARANG ELEKTRIK???.menurut senior2 barang elektronik boleh bawak.contohnya ....iron,heater,pembakar roti,kipas(sbb panas) ,charger dan extension(satu keperluan) dan dll bergantung la jugak...jangan bawak TV sudah lerr

yang lepasan sekolah agama mesti tertanya-tanya tentang BIA'H SOLEHAH kan? in shaa Allah KMPP masih ada sinar bia'h solehah tu dan memang banyak tazkiroh ,ceramah dan pengajian diadakan.setiap sekolah mesti ada BADAR kan? di KMPP pon ada just tak panggil BADAR la. di KMPP dipanggil ANC iaitu An-nur Comitte. so jangan risauu ^_^
ok setakat nie jalah perkongsiannya .lain hari kalau diberi kesempatan akan ku sambung cerita pasal KMPP.by the way untuk BAKAL MATRICIAN !! 
hari pendaftaran pakai comel2 hensome2sebab nanti kita akan take picture!!^_^ untuk kad matrik...
so be cute!!
dan  bawa semua dokumen yang perlu dibawa. yang paling penting datang awal. tak lah kelang-kabut.betul....
#untuk BAKAL PENUNTUT KMPP 14/15 kita jumpa 26 Mei niee.harap boleh berkawan ^_^
~wassalam~

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...