Saturday, March 31, 2012

sambutan maulidur rasul

assalamualikum . lama tak update blog. ok untuk entry kali ni mira nak ceta pasal sambutan maulidur rasul kat skolah mira. walaupun agak lama berlalu mira tetap akan ceritakan.  kita perlu sentiasa mengingati baginda S.A.W pada setiap masa bukan sahaja pada maulidur rasul sahaja.

ok pada hari sambutan maulidur rasul kat sekolah  , ada diadakan ceramah maulidur rasul.pada sesi malam Ustaz Zainol Asri dijemput untuk memberi ceramah .beliau  mai dengan seorang tetamu jemputan yang bernama Habib....... ( x ingat nama) yang berasal dari Yaman(seorang ulama).

banyak perkara yang  dapat dan sempat aku catat. antaranya:-
  • ada org mimpi jumpa Abu Lahab yg disiksa tapi diringankan seksaannya pada hari isnin kerana dia amat gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dia gembira sampai memerdekakan Suwaibah dan menumbangkan 100 ekor unta.
  • nabi Adam pernah minta ampun kpd Allah dgn nama Nabi Muhammad S.A.W , dia tahu akan barakah nabi , walupun nabi belum dilahirkan.
  • ada org tanya nabi , nabi jadi nabi sejak bila :  baginda telah jadi nabi sebelum nabi Adam masih ada diantara air dan tanah.
  • nabi amat menyayangi cucunya Hassan dan Hussein , sampaikan bila nampak depa ketika di mimbar, baginda akan turun memeluk mereka.
  • sesiapa yang menziarahi baginda selepas baginda wafat, seolah-olah menziarahi baginda ketika baginda hidup.
  • di Raudhah bagaikan di syurga. Allah angkat darjatnya dan merupakan taman daripada taman syurga                                                            
pada sesi pagi pulak ada ceramah jugak. tetamu jemputan ialah Tuan Guru Hj. Zulkifli bin Suhaimi(pengetua maahad Ashatiri). beliau ada menceritakan kelahiran nabi Muhammad . sebelum beliau bagi ucapan, pengetua ada beri ucapan jugak , dan beliau ada habaq pasal sifat nabi. antaranya ialah:-
  • Nabi tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah
  • kulit muka nabi putih kemerahan
  • rambut nabi tak kerinting tak lurus
  • nabi jaln tunduk.
ceramah berjalan dengan lancar pada majlis sambutan Maulidur Rasul dan banyak qasidah dilaungkan.
dan bagi mira sambutam maulidur rasul kat skolah mira nie bagi sinar baru kepada pelajar maahad mira sebab selepas majlis ni,  qasidah dilaungkan dimana2 majlis malahan dalam kelas pon ada.

ok sampai situ sahaja. jika ada tersalh info pasal apa2 lebih2 lagi, tolong komen untuk diperbetulkan.sollu a'la nabiy~

No comments:

MOTNC dan bercuti di Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan masa lapang untuk terus update isi blog ini. Untuk post kali ini, aku mahu kongsikan pengalaman aku p...